Satu kejadian gempa bumi kuat dilapor melanda kawasan Utara Sumatera Indonesia kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada kekuatan 6.3 magnitud, di kedudukan 64 kilometer (km) Utara dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 60km.
Bagaimanapun, MetMalaysia mengatakan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu meninjau di ruangan Facebook, rata-rata orang ramai yang berada di kawasan Puchong dan Cheras turut merasakan gegaran tersebut.
https://www.facebook.com/rusni.amat/posts/pfbid0T5s1SdycLcds9r5vXifHfQ4eYxX8VXpk4n3ZDNozMdUMAoL3uut43zyRQxxiBmBMl
Rusni Amat di laman Facebooknya, memaklumkan mengenai kejadian itu selepas 33 minit gempa itu berlaku.
Ujarnya, dia memuat naik aplikasi LastQuake kerana ingin mengetahui kejadian gempa yang berlaku sekitar perairan Malaysia dan negara di sekitarnya.
Menerusi aplikasi itu, orang ramai mengemas kini mengenai kejadian di kawasan perumahannya.
https://www.facebook.com/rianiputrijd/posts/pfbid0KUSCiDhU2ad13ivJ8VwEJPiiBanzNtEiB6GCprEgMkSbr4JNt3A3VAi3M9H4dkEul
Dalam pada itu, Riani Juni Putri dari Aceh, Indonesia turut memaklumkan mengenai kejadian yang sama.
“Huyung juga sikit, sempat keluar rumah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
GB kuat M6.3 di Utara Sumatera, Indonesia pada 6:30 pagi, 16 Januari 2023. Pusat gempa bumi tersebut terletak 1.8° Utara dan 97.8° Timur dengan kedalaman 60 km. 64km Utara dari Nias,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/7zRqxOokP6— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 15, 2023
Sumber: MetMalaysia via Twitter