Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
malaysia hantar pasukan smart bantu turkiye
Kredit: BERNAMA

Malaysia Hantar Pasukan SMART Bantu Turkiye

Nurhanis

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata 75 anggota SMART akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Airlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi berkenaan.

“Proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Isnin lepas gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Setakat ini Kementerian Luar (Wisma Putra) melaporkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berkenaan.

Angka Korban Meningkat Lebih 1,200 Mangsa

Sebelum ini, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengesahkan jumlah terkini angka kematian tragedi gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 di Turkiye dilaporkan meningkat kepada lebih 1,200 orang.

912 daripadanya terkorban dalam wilayah Turkiye manakala 326 mangsa korban lagi melibatkan sebahagian wilayah yang dikawal di bawah pentadbiran kerajaan Syria.

Difahamkan, tragedi tersebut adalah gempa bumi yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah negara.

Gempa itu berlaku pada 4.17 pagi GMT pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer (11 batu) berhampiran bandar Gaziantep di Turkiye, yang menempatkan kira-kira dua juta orang, menurut Kajian Geologi AS.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menawarkan untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada Turkiye dengan bantuan dron yang digunakan sewaktu pertempuran Kyiv dalam pencerobohan Rusia.

Terdapat pelbagai negara yang menghantar ucapan takziah seperti Iran, Washington, Kesatuan Eropah dan Rusia yang turut menawarkan bantuan kepada negara itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh