Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
google chatgpt
Kredit: Open AI & Pixabay

Google Lancar AI Baharu Untuk Bersaing Dengan ChatGPT

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Google Lancar AI Baharu Untuk Bersaing Dengan ChatGPT

WASHINGTON, 7 Feb (Bernama) — Google akan mengembangkan kehadirannya dalam dunia kecerdasan buatan (AI) menerusi teknologi AI perbualan baharu, Bard.

Versi chatbot baharu akan diuji oleh kumpulan pengguna terpilih sebelum ditawarkan secara meluas, menurut United Press International (UPI).

Pengumuman itu dibuat lebih dua bulan selepas pelancaran program AI popular ChatGPT oleh OpenAI.

“Bard berusaha untuk menggabungkan pengetahuan luas dunia dengan model-model berkuasa, kecerdasan dan kreativiti bahasa kami.

“Ia menggunakan maklumat daripada web untuk memberikan respons yang baharu dan berkualiti tinggi,” kata Google.

Perkhidmatan ini akan dikuasakan oleh Model Bahasa Google untuk Aplikasi Dialog, model bahasa yang dilancarkan pada 2021.

ChatGPT mencetuskan kebimbangan dalam industri, membangkitan persoalan mengenai etika, malah pada satu tahap menyebabkan rasa takut terhadap keselamatan pekerjaan.

Menurut laporan UPI, para pendidik khususnya bimbang pelajar akan menggunakan chatbot untuk menyelesaikan kerja kelas manakala universiti mempertimbangkan kaedah untuk memastikan integriti institusi masing-masing.

ChatGPT baru-baru ini merupakan antara dua program AI untuk lulus Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat, menurut kajian yang diterbitkan oleh medRxiv.

Google menyifatkan Bard sebagai alat yang mengupayakan enjin carian popularnya, membantu pengguna mencari jawapan dan penjelasan dalam format soalan dan respons. Ia akan memproses maklumat yang kompleks untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya.

sebagai contoh, Bard berupaya menjelaskan penemuan yang dibuat oleh Teleskop Angkasa James Webb NASA kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.

Apabila Bard dilancarkan, ia akan dimuatkan pada bar carian Google. Catatan blog daripada Google menggambarkan Bard menjawab soalan di bahagian atas hasil carian.

ChatGPT antara perkhidmatan paling popular di Internet selepas dilancarkan pada 30 Nov. Wall Street Journal melaporkan nilai OpenAI melonjak melebihi $20 bilion.

BACA: Mampu Jawab ‘Semua’ Soalan Manusia, Kenali ChatGPT, AI Yang Diramal Bakal Ganti Google Nanti

Sumber: Bernama