Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sejarah sempadan melaka-rembau
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka

Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu

Sejak zaman dahulu lagi, Malaysia masih menyimpan seribu satu sejarah yang masih belum diketahui ramai. Lebih-lebih lagi melibatkan tinggalan sejarah lama.

Umum mengetahui, Melaka sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sejarah yang hebat. Buktinya, terdapat banyak tinggalan atau monumen yang menjadi tarikan pelancong sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, dari perspektif lain, masih ramai yang kurang tahu mengenai bentuk geografi negeri itu sejak sekian lama.

Tambahan lagi, jika melihat kembali peta kawasan terdahulu turut sedikit berbeza. Ada di antaranya terdapat nama yang kini tidak lagi disebutkan.

Hanya segelintir orang sahaja yang mengetahui info berharga dan perkara-perkara menarik seperti ini.

Oleh itu, pernahkan anda berfikir sejenak mengenai sejarah perubahan kawasan termasuk sempadan?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa tercatat satu sejarah di antara sempadan Melaka dan Rembau (dikenali Negeri Sembilan ketika ini) iaitu Jirat Gunjei.

Sejarah sempadan Melaka-Rembau ini telah dikongsikan oleh Persatuan Kartografi Melaka di Facebook baru-baru ini.

Oleh itu, mari kita telesuri sejarah menarik ini di bawah.

Sejarah Sempadan Melaka-Rembau

Pasukan pengkaji Persatuan Kartografi Melaka yang diwakili saudara Shahrul Azzim Abd Aziz berkesempatan berbincang dan bertukar pendapat bersama tuan Muhamad Nazri Bin Deris yang mewakili kepimpinan Kelab Kembara Tanah Biso (KTB) berkenaan elemen sejarah kartografi dahulu dan kini.

Umumnya di negeri Melaka dan khasnya di kawasan sekitar Taboh Naning yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Pelbagai perkara yang menjadi topik perbincangan bersama antaranya lokasi-lokasi bersejarah yang mungkin kini telah hilang daripada peta moden dan juga kawasan bersejarah yang terletak di sepanjang sempadan Melaka – Rembau (Negeri Sembilan).

Kawasan yang dimaksudkan antaranya ialah lombong timah lama di Taboh Naning, Padang Chachar, dan Jirat Gunjei.

Berdasarkan analisis yang dijalankan bersama team KTB, terdapat sebuah cerita atau lagenda gergasi yang menjadi tanda sempadan antara dua kawasan iaitu Melaka dan Rembau.

Melihat daripada beberapa buah naskah kartografi lama yang dihasilkan sekitar tahun 1800an dan 1900an, nama kawasan “Jirat Gunjei” banyak terpapar di dalam peta sekitar tahun yang dijelaskan sebentar tadi.

Journal of Straits Branch of the Royal Asiatic Society

Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, June 1884, Jirat Gunjei merupakan salah satu titik atau garisan sempadan antara Melaka dan Rembau yang termaktub di dalam perjanjian.

Di dalam jurnal tersebut, terdapat seperenggan maklumat yang menceritakan tentang nama kawasan yang digelar sebagai Jirat Gunjei. Informasi tersebut menceritakan:

“Jirat,” a grave: “gunjei,” a giant. This giant is said to have been so tall that he could pluck the cocoa-nuts as he walked along; he is said to have been killed at Padang Chachar (the plain of the chachar trees) by introducing a spear head into a bambu in which water was given him to drink so that when he tipped it up to drink he swallowed the spear-head, on which he fled, and was brought down by being cut in the leg; he fell and was buried where he fell, the heap over this marks the boundary point, where a pillar is now erected. There is another Jirat Gunjei in Tampin, said to be that of a female Gunjei.

Terjemahan di dalam Bahasa Melayu:

“Jirat,” kubur: “gunjei,” gergasi. Gergasi ini dikatakan sangat tinggi sehingga dia boleh memetik kelapa semasa dia berjalan; dia dikatakan telah dibunuh di Padang Chachar (dataran pokok chachar) dengan memasukkan kepala lembing ke dalam bambu yang di dalamnya diberi air untuk diminum sehingga apabila dia membalikkannya ke atas untuk minum, dia menelan kepala lembing, yang dia melarikan diri, dan dibawa ke bawah dengan luka di kakinya, dia jatuh dan tertimbus di tempat dia jatuh, timbunan di atasnya menandakan titik sempadan, di mana tiang sekarang didirikan. Terdapat sebuah lagi Jirat Gunjei di Tampin, dikatakan sebagai seorang Gunjei perempuan.

BACA JUGA: Guna Peta Prasejarah Ini, Jom “Check” Lokasi & Keadaan Rumah Anda Pada Zaman Dinosaur

Terdapat beberapa lagi lokasi lama yang mempunyai sejarah yang agak penting yang kini tidak lagi terpapar dan digunakan di dalam peta moden di sekitar kawasan Taboh Naning dan Alor Gajah selain daripada Jirat Gunjei antaranya ialah Padang Chachar.

In Sha Allah, team Persatuan Kartografi Melaka dan juga Kelab Kembara Tanah Biso (KTB) pada masa akan datang berhasrat dan berusaha untuk menjejaki kawasan-kawasan yang dinyatakan di dalam peta-peta lama tersebut dalam usaha memastikan sejarah yang semakin hilang ditelan masa dan zaman ini akan tetap terpelihara demi tatapan dan pengetahuan generasi akan datang.

*Peta dibawah menunjukkan lokasi Jirat Gunjei yang terpapar di dalam peta Map of The Malacca Territory, tahun 1916.

Sumber penulisan dan peta: BNF Gallica. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, June 1884.

Gambar: Persatuan Kartografi Melaka via BNF Gallica

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka