Siakap Keli
pencuri goreng nugget
Kredit Detik.com

Pencuri Nekad Pecah Masuk Rumah, Goreng Nugget Sebelum Melarikan Motosikal Penduduk

Pencuri Nekad Pecah Masuk Rumah, Goreng Nugget Sebelum Melarikan Motosikal Penduduk

Seorang suspek kes curi di Dusun Guyang Gajah, Trengalek, Indonesia dilaporkan sempat menggoreng nugget di rumah yang dipecah masuk sebelum melarikan motosikal mangsa.

Pemilik rumah berkenaan yang bernama Haichal memberitahu bahawa kejadian kecurian itu pertama kali diketahui oleh ibu dan adiknya.

Ketika itu, mereka telah melihat pintu belakang rumah yang digunakan untuk ruang tamu, dapur dan tempat letak motor telah terbuka.

Selepas diperiksa, tingkap rumah itu turut rosak akibat dicongkel oleh pencuri tersebut. Bukan itu sahaja, motosikal yang diletakkan di dalam rumah juga telah hilang dicuri.

Haichal mengesyaki bahawa pencuri telah melakukan jenayah itu pada waktu malam di rumah belakangnya.

Pencuri goreng nugget

Jelas Haichal, rumah belakang itu memang tidak berpenghuni. Sebab dia sekeluarga tinggal di rumah depannya. Anehnya, pencuri itu juga sempat menggoreng nuget di rumah tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Ini kerana, ketika membuat pemeriksaan di dalam rumah belakang tersebut turut menjumpai bekas makan dan mangkuk sisa masakan. Pemutar skru milik penjenayah yang disyaki untuk mengopak tingkap turut ditinggalkan.

“Rumah belakang dibuka dan ibu menjerit, motosikal tiada. Di atas meja ada sudip dan mangkuk. Setelah diperiksa, ternyata pencuri telah menggoreng nugget tersebut di dalam peti sejuk. Tempat makan dan bekas makanan diletakkan di atas meja,” kata Haichal pada Isnin lalu.

Pencuri juga mengambil wang yang berada di atas meja

Tambah Haichal, selain mencuri motosikal dengan menanggalkan plat kenderaan, pencuri juga diketahui mengambil sejumlah wang yang berada di atas meja. Kecurian itu kemudiannya dilaporkan kepada Polis Durenan.

Polis yang menerima laporan itu kemudiannya menjalankan siasatan di tempat kejadian. Bagaimanapun, polis tidak lama kemudian mendapat maklumat bahawa motosikal yang hilang itu ditemui di hadapan surau Kampung Notorejo, Daerah Gondang, Tulungagung.

Ketua Polis Durenan, AKP Panut ketika disahkan berkata, motosikal mangsa telah ditemui oleh penduduk setempat. Selepas menerima maklumat tersebut, motosikal kemudiannya berjaya dibawa pulang.

“Ada penduduk memaklumkan kepada saya bahawa motosikal yang didakwa milik mangsa telah diletakkan di surau sejak pagi. Ketika ini, anggota kami sedang mengambil kenderaan itu,” kata Panut.

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.