Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pengakuan pedih Mbappe
Gambar: Odd Andersen / AFP

“Itu Je Yang Kami Mampu”, Pengakuan Pedih Mbappe

Iqbal Yasir

“Itu Je Yang Kami Kami Mampu”, Pengakuan Pedih Mbappe

BERLIN — Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengakui bahawa pasukannya telah bermain sehabis baik selepas tewas 0-2 (agregat 0-3) di tangan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Selepas kalah 0-1 di Paris tempoh hari, PSG sekali lagi dimalukan oleh Bayern dalam perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 di Allianz Arena.

Kekalahan tersebut menyebabkan PSG secara rasmi tersingkir dari kejohanan tersebut. Ia sekaligus menambah rekod buruk kelab yang sudah lima kali gagal ke peringkat seterusnya dalam tujuh musm lalu.

Mbappe sewaktu ditemui pemberita memberitahu bahawa mereka telah bermain sepenuh jiwa dalam kejohanan tersebut.

“Seperti yang saya katakan pada sidang akhbar UCL pertama musim ini, kami akan melakukan semaksimum mungkin. Jadi, setakat itu sahaja yang kami mampu.

“Apa yang PSG hilang? Tidak banyak yang kami hilang jika melihat kedua-dua pasukan. Tetapi, mereka mempunyai skuad yang lengkap untuk memenangi Liga Juara-Juara,” katanya.

Beri semaksimum mungkin, pengakuan pedih Mbappe

pengakuan pedih Mbappe
Gambar: Odd Andersen / AFP

Tambah Mbappe, mereka akan meneliti semula kelemahan diri dan kembali fokus dalam baki saingan liga.

“Kami akan mempersoalkan diri sendiri dan kembali semula dalam saingan liga. Kami perlu menerimanya. Kami tewas dengan pasukan hebat yang cuba menjuarai kejohanan itu,” kata kapten pasukan tersebut.

BACA JUGA:Liverpool Kalah Di Anfield, Mudah ‘Diratah’ Real Madrid

Sementara itu, Mbappe menyifatkan PSG perlu beralih fokus terhadap kejuaraan liga.

“Satu-satunya perkara yang penting bagi saya ialah pada musim ini untuk menjuarai liga dan kita mahu melihatnya,” jelasnya.

Tambahan lagi, PSG kini berada di puncak Ligue 1 dengan mengumpul 63 mata selepas 26 perlawanan. Manakala pencabar terdekat, Marseille berada di kedudukan kedua liga dengan pungutan mata sebanyak 55.

Namun hakikatnya, setelah beberbelanja besar dan membawa masuk pemain bintan seperti Lionel Messi, PSG diletakkan harapan yang besar dalam saingan UCL. Namun, kekecewaan terus mengikat kelab tersebut yang masih gagal menjulang gelaran sulung liga teragung peringkat kebal di Eropah itu.

Kelab yang berpengkalan di Perancis itu kini dipegang oleh pemilik dari negara Qatar.

Rangkuman Perlawanan Bayern Munich vs PSG

pengakuan pedih Mbappe
Gambar: Odd Andersen / AFP

Terbang ke Allianz Arena dengan bekalan satu gol, Bayern Munich berada dalam kelas tersendiri selepas berjaya mengetepikan cabaran lawan.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tampak seimbang dengan keputusan terikat 0-0. Bagaimanapun, pemain pertahanan dan kapten PSG, Marquinhos terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 akibat kecederaan.

Masuk babak kedua, tuan rumah berjaya membuka tirai jaringan menerusi Eric Maxim Choupo-Moting pada minit ke-61.

Dengan ketiadaan pemain seperti Neymar akibat kecederan buku lali, anak buah Christophe Galtier tampak buntu mencari gol. Lebih-lebih lagi, pergerakan bintang PSG Kylian Mbappe dan Lionel Messi berjaya dirantai dengan baik oleh pemain-pemain Bayern.

Gol kedua Bayern muncul hujung perlawanan menerusi Serge Gnabry pada minit ke-81. Jaringan tersebut sekaligus meleburkan hasrat PSG untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sumber: AFP, Bein Sports