Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
hakim mahkamah agung berhijab
Kredit: Morocco World News

Wanita Berhijab Jadi Hakim Mahkamah Agung Amerika, Angkat Sumpah Pakai Al-Quran

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Wanita Berhijab Jadi Hakim Mahkamah Agung Amerika, Angkat Sumpah Pakai Al-Quran

Peguam, Nadia Kahf muncul sebagai wanita berhijab pertama yang dilantik menjadi hakim di sebuah Mahkamah Agung di New Jersey, lapor TRT World.

Beliau telah dilantik sebagai hakim bagi Mahkamah Agung di Amerika Syarikat itu pada 23 Mac yang lalu.

Dalam video yang dimuatnaik TRT World, Nadia turut mengangkat sumpah di pejabat kehakiman dengan menggunakan Al-Quran.

“Saya bangga untuk mewakili komuniti Muslim dan Arab di New Jersey serta di Amerika Syarikat,” kata Nadia.

Beliau akan menjalankan tugas sebagai hakim Passaic County Superior Court selepas namanya dicalonkan untuk menjawat jawatan tersebut oleh Gabenor New Jersy, Phil Murphy.

Kahf turut menegaskan bahawa dirinya ingin melihat masyarakat yang terdiri daripada pelbagai rencam budaya dan agama dapat mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

“Saya ingin melihat mereka dapat mengamalkan kehidupan beragama, tanpa takut kepada apa-apa dan menjadi apa yang mereka mahukan.

“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukanlah satu kelemahan. Saya berharap agar orang ramai dapat memahamiya,” katanya lagi.

Berikutan perlantikannya sebagai hakim pertama berhijab di New Jersey, warganet telah memberikan ucapan tahniah atas kejayaannya.

“Saya masih tak dapat percaya wanita berhijab dapat menjadi seorang hakim di dalam negara seperti Amerika. Kita patut berbangga atas kejayaannya dan menyokong Muslim-muslim lain di seluruh dunia,” kata seorang pengguna media sosial.

“MashaAllah, kami berbangga atas kejayaan saudari,” tulis pengguna lain.

“SubhanAllah, saya sangat berbangga atas kejayaan ini. Semoga Allah dapat memberikan kejayaan kepadanya. Aamiin,” komen pengguna media sosial lain.

Menurut laporan Siasat, Kahf telah berpindah dari Syria ke Amerika Syarikat ketika berusia dua tahun.

Sepanjang kariernya, beliau telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Council on American Islamic Relations bagi cawangan New Jersey sejak 2003.

Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai presiden Islamic Center of Passaic County, salah sebuah masjid terbesar di New Jersey.

Penglibatan komuniti beragama Islam dalam badan perundangan di Amerika Syarikat

Sebelum ini, Carolyn Walker-Dialo merupakan wanita Islam berhijab pertama yang mengangkat sumpah sebagai hakim mahkamah sivil di New York pada 2015.

Walaupun terdapat dua orang hakim wanita berhijab yang diketahui setakat ini, terdapat ramai penganut agama Islam yang turut berkhidmat sebagai hakim di Amerika Syarikat.

Salah seorang adalah hakim daripada kumpulan minoriti Pakistan – Amerika, Zahid Quraishi yang mencipta sejarah sebagai orang Islam pertama yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat.

BACA: Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Polis Cari Suspek

Sumber: Sinar Daily & Morocco World News