Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
everest sar hawari
Kredit: BERNAMA

Tragedi Everest: SAR Hawari Diteruskan Di Kawasan Ceruk, Jejaki Telefon Bimbit

Nurhanis

Tragedi Everest: SAR Hawari Diteruskan Di Kawasan Ceruk, Jejaki Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR 22 Mei (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.

Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23) Ayu Wanirah Naharuddin berkata operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai Vincent.

Beliau berkata SAR menerusi udara telah dilakukan semalam namun tidak menemukan kesan manusia di kawasan pendakian.

“SAR darat di kawasan ceruk terus dilakukan di atas Kem Dua. Mencari di ceruk memerlukan tenaga mahir dan kita telah kerahkan sebanyak mungkin tenaga mahir yang ada di kawasan sekitar.

“Kita telah jumpak jaket Gore-Tex yang mengandungi ‘recco’ (sejenis peralatan pengesan) milik Muhammad Hawari di Kem Dua. Pihak (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) telah berhubung dengan polis Nepal untuk bantuan menjejaki iPhone milik Muhammad Hawari,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Jumaat lepas, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu.

Pada hari sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga peserta misi disahkan meninggal dunia selepas terjatuh semasa pendakian sehari sebelumnya.

Ayu Wanirah berkata terdapat sekumpulan orang Sherpa akan membuat pemeriksaan bagi mencari Muhammad Hawari di setiap khemah di Kem Dua, Tiga dan Empat, hari ini.

BACA: Operasi SAR Muhammad Hawari Mungkin Sukar Jika Terjatuh Di Kaki Gunung Lhotse

“(Pihak) Suunto Malaysia ada memberitahu akan membantu menjejaki pendaki tersebut sekiranya Hawari menyimpan segala aktiviti di dalam aplikasinya. Suunto juga melaporkan kejadian ini ke pihak berkuasa Finland untuk berkongsi data tersebut.

“Mereka akan cuba. Jika data tidak disimpan kita mungkin tak dapat cari Hawari tapi akan tetap cuba. Kini terserah kepada pihak polis Finland dan ibu pejabat Suunto,” katanya.

(Suunto ialah jam tangan pintar buatan Finland yang antaranya mempunyai ciri navigasi dan komunikasi, selain boleh menyimpan data berkaitan aktiviti penggunanya)

Selain itu, Ayu Wanirah berkata usaha membawa turun jenazah Awang Askandar dari Everest Base Camp ke Kathmandu, Nepal sedang giat dijalankan yang dikendalikan sendiri oleh beliau.

“Enam orang Sherpa akan berada di Kem Empat menjelang petang ini. Esok pagi, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat bagi helikopter melakukan ‘long line rescue’. Seterusnya akan dibawa ke Kathmandu, Nepal.

“Pihak kedutaan (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) berhubung rapat dengan saya dan mereka akan menerima jenazah tersebut di Kathmandu. Cuaca sekarang agak berawan dan bersalji, semoga cuaca baik esok,” katanya.

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu turut disertai bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak yang juga ketua eskpedisi.

Sumber: BERNAMA