Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mecca route
Kredit: Bernama

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route – Zambry

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route – Zambry

SEPANG, 30 Mei (Bernama) — Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program “Mecca Route” yang dimulakan secara rintis pada 2017, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata ketika dilaksanakan enam tahun lepas, Malaysia merupakan negara tunggal yang dipilih Kerajaan Arab Saudi untuk projek rintis program itu sebelum disusuli pada tahun seterusnya dengan penyertaan Pakistan, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang memberi kepercayaan kepada Malaysia.

Ini adalah satu daripada perkhidmatan terbaik dan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arab Saudi. Kami sedia bekerjasama dalam bidang-bidang lain,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke kaunter khas Jabatan Imigresen dan Imigresen Arab Saudi bagi program “Mecca Route” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Menyifatkan program itu sebagai program istimewa kepada bakal jemaah haji Malaysia, Zambry berkata ia mempercepatkan proses dokumentasi bakal jemaah haji tanpa perlu bersesak dengan penumpang bagi destinasi lain.

“Ini merupakan pendekatan kreatif yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi. Bukan semua negara dapat keistimewaan seumpama ini,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi yang masih meneruskan program “Mecca Route” yang membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa, sebaik tiba di lapangan terbang negara itu.

Menerusi program itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Sementara itu Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim mendoakan jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur.

“Kami gembira untuk memudah cara jemaah haji Malaysia dan Alhamdulillah, insya-Allah mereka akan mendapat haji yang mabrur,” katanya.

Pada majlis pelepasan kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia 20 Mei lepas, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dilaporkan berkata seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.

BACA: Karya Jadi Inspirasi, Sofyank Terharu Mural Wajahnya Hiasi Dinding Sekolah

Sumber: Bernama