Taktik Penipuan, Jangan Klik “Link” Jemputan Kahwin Dalam WhatsApp
SHAH ALAM — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya mengesan taktik terbaharu scammer dengan penggunaan jemputan kahwin yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, lapor Sinar Harian,
Penipuan Jemputan Kahwin (Scammer)
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, pihak scammer menggunakan pelbagai taktik baharu bagi memperdaya orang ramai.
“Taktik baharu itu meminta orang ramai untuk melakukan ‘klik’ (tekan) pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.
“Namun itu satu helah dan cara scammer untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian.
“Untuk itu, orang ramai sebaiknya cuba elakkan daripada terjebak dengan sebarang mesej yang diragui puncanya,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Harian.
Sehubungan itu, PDRM mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan.
BACA JUGA: Sindiket “Scammer” Terbesar Dunia Ditumpaskan Penyiasat Australia
Sebelum ini, tular di Aplikasi tersebut mengenai hantaran jemputan perkahwinan. Difahamkan hantaran itu meminta orang ramai untuk membuat ‘klik’ pada link disediakan.
Walau bagaimanapun , ia hanya penipuan licik oleh scammer bagi memperolehi maklumat dan membuat pengeluaran secara dalam talian tanpa disedari oleh pemilik akaun.
Jelasnya lebih lanjut, pihak scammer menggabungkan semua pihak yang saling mengenali antara satu sama lain sebagai modus operandi terbaharu itu.
Ia bertujuan untuk memberi ‘respond’ kepada link yang disediakan.
“Modus operandi taktik baharu ini adalah melibatkan penggunaan data group atau contact list.
“Oleh itu, PDRM meminta semua pihak dan orang ramai untuk sama sekali jangan respond kepada link yang diberikan di dalam aplikasi WhatsApp, kata Ramli lagi.
Fahmi Fadzil Dedah Dimasukkan Dalam “Group Scam”
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp scam.
Dalam ciapan di Twitter rasmi miliknya, Fahmi berkata dia serta merta dikeluarkan dari kumpulan tersebut sejurus sahaja memberitahu bahawa kegiatan mereka telah dilaporkan.
“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp Scam. Bila saya kata dah alert Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya kena kick,” katanya.
Sumber: Sinar Harian