Siakap Keli
Oksigen kapal selam titan
Kredit: OceanGates

Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi

Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi

Bekalan oksigen kapal selam, Titan, yang membawa pelancong untuk meneroka bangkai Titanic, dilapor hanya mampu bertahan tiga jam lagi.

Memetik laporan Times Of India, kapal selam itu direka dengan bekalan oksigen selama 96 jam jika berlaku situasi kecemasan.

Titan dilapor hilang pada Ahad lepas, dua jam selepas memulakan penyelaman pada pukul 8 pagi (waktu Amerika Syarikat). Ini bermakna bekalan oksigen kapal selam berkenaan dijangka habis bila-bila masa pada pagi Khamis (waktu Amerika Syarikat).

Pada pagi Rabu, Titan dilapor mempunyai bekalan oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 jam lagi (waktu Amerika Syarikat).

Sebelum ini, Titan yang membawa lima penumpang termasuk jutawan British, Hamish Harding terputus hubungan dengan pengendali pada Ahad lalu.

Kejadian ini berlaku semasa kapal selam berkenaan berada kira-kira 435 batu (700 km) di selatan St John’s, Newfoundland.

Difahamkan bahawa Raja Charles III turut mengikuti perkembangan mengenai usaha pencarian kapal selam itu.

Hal ini kerana, Shahzada Dawood merupakan seorang penyokong tegar The Prince’s Trust International dan The British Asian Trust.

Kedua-dua badan amal berkenaan merupakan badan yang ditubuhkan baginda.

Semasa usaha mencari kapal selam semakin dipergiat pada Selasa, isu keselamatan dan kawalan kapal selam Titan turut dibangkitkan.

Seorang bekas kakitangan OceanGate mendakwa terdapat kebimbangan berkenaan isu keselamatan dan kawalan kualiti kapal selam berkenaan sebelum ini.

Berita lanjut akan menyusul

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Sumber: The Sun Daily

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.