Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ETAP imbuhan tambahan
Gambar: Bernama

ETAP Imbuhan Tambahan Kepada Pegawai Perubatan Ketika “On Call” Lepas Waktu Bekerja Biasa – KKM 

Ezzatul Syafiqah

ETAP Imbuhan Tambahan Kepada Pegawai Perubatan Ketika “On Call” Lepas Waktu Bekerja Biasa – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas atas panggilan (On-call) di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Menurutnya, ETAP turut dibayar kepada Pegawai Perubatan yang diarah bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat.

Pihaknya mengulas mengenai perkara terbabit susulan wujud beberapa artikel di dalam media elektronik dan media cetak yang membangkitkan isu elaun tugas atas panggilan (ETAP/On-call) Pegawai Perubatan baru-baru ini.

“KKM membelanjakan antara 70 ke 75 peratus dari peruntukan Belanja Mengurus kementerian untuk pembayaran emolumen iaitu gaji dan elaun bagi lantikan tetap dan kontrak warga KKM.

“Sebagai contoh, bagi tahun 2022, jumlah emolumen adalah RM21.61 bilion. Daripada jumlah tersebut, emolumen bagi pegawai lantikan tetap adalah RM18.81 bilion dan emolumen bagi pegawai Lantikan kontrak adalah RM2.8 bilion.

Elaun-Elaun Lain

Difahamkan, KKM juga membayar elaun-elaun lain berdasarkan tuntutan seperti ETAP kepada Pegawai Perubatan berjumlah RM165 juta setahun.

Jelasnya lagi, prinsip pembayaran gaji dan elaun tetap kepada penjawat awam termasuk Pegawai Perubatan adalah bersifat bulanan dan bukan mengikut jam bekerja.

Menurut KKM, peraturan yang sama juga dilaksanakan di sektor swasta iaitu sekiranya pegawai tidak hadir bertugas cukup sebulan, maka pembayaran gaji dan elaun pada bulan berkenaan dibuat secara pro-rata berdasarkan bilangan hari pegawai bekerja dalam bulan berkenaan.

Elaun Pegawai Perubatan

Mengulas lanjut, KKM juga berkata Pegawai Perubatan turut menerima pelbagai jenis elaun lain.

Hal ini termasuklah Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Pakar, Elaun Bertugas Pegawai Perubatan Selepas Waktu Pejabat di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan Hospital (Elaun Locum) serta Elaun Pembedahan Elektif dan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP).

Dalam pada itu, sebanyak 791 klinik kesihatan dikenal pasti menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, kadar ETAP telah dinaikkan sebanyak 3 kali iaitu pada 2001, 2005 dan 2021,” jelasnya lagi.

Kadar Pengiraan ETAP

Dengan itu, pengiraan kadar ETAP dengan membahagikan RM200 (kadar ETAP aktif Hari Kelepasan Am dan Mingguan bagi Pegawai Perubatan) kepada 24 jam sehari (RM 9.16 sejam) adalah tidak tepat.

Hal ini kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa.

“Pembayaran ETAP ini adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum 4 jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai,” katanya.

Justeru, KKM menegaskan bahawa emolumen dan elaun lain kepada pegawai awam dibuat berdasarkan struktur dan prinsip penggajian dalam perkhidmatan awam.

Ia juga bersandarkan prinsip rate for the job dan prinsip pariti serta mengambil kira keupayaan kewangan semasa.

Sumber: KKM Putrajaya/ Twitter