Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rafizi rahsia pendebat baik
Kredit: Astro Awani

“Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Nur Syahirah Zainoor Hisham

“Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Debat adalah satu perkara yang biasa, khususnya dalam kalangan penuntut ilmu. Selain itu, debat juga dijadikan medan untuk pihak-pihak yang tampil sebagai pendebat untuk menyampaikan hujah masing-masing.

Manakala, bagi orang ramai yang menjadi pendengar, pentas ini juga dijadikan ukuran untuk mengukur hujah si pendebat. Bagaimana pendebat menyampaikan dan mempertahankan idea-idea mereka.

Secara umumnya, kemahiran berdebat atau berhujah penting bagi mereka yang terlibat, misalnya bagi pihak yang bertanggungjawab menggubal sesuatu polisi.

Di Malaysia, sesi berdebat, berhujah dan berbahas boleh dilihat ketika sesi soal jawab seperti di Persidangan Dewan Rakyat dan DUN. Pendek kata, debat sebenarnya dengan ahli politik.

Melalui persepektif praktikalnya, konsep debat atau bahas ini digunakan secara meluas dalam bidang politik seperti perbincangan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

YB Rafizi dedah rahsia jadi pendebat yang bagus

Konsep ini membantu kedua-dua pihak, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk melakukan semak imbang berkenaan dasar-dasar kerajaan serta kesan perlaksanaan.

Oleh itu, jelaslah kemahiran berdebat bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng. Malah, kemahiran ini membantu sesorang individu untuk menjadi seseorang pemimpin yang baik dalam sesebuah organisasi.

Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli telah ditemu bual pihak media selepas tamat sesi Debat Model Ekonomi bersama lawan debatnya, YB Mohd Muhammad Syahir Sulaiman.

Untuk makluman, sesi debat tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM dan Astro Awani pada malam semalam, 9 Ogos 2023.

Ketika ditemu bual, YB Rafizi Ramli telah mendedahkan beberapa rahsia kepada anak-anak muda yang ingin manjadi pendebat yang baik ataupun terlibat dalam politik secara umumnya.

Perkara yang paling penting dalam debat bukannya pada kemahiran bercakap tetapi…

Menurut YB Rafizi, beliau percaya untuk menjadi pendebat yang bagus bukan bergantung kepada kemahiran bercakap atau berbahasa semata-mata.

“Sebenarnya, lebih banyak (menunjukkan ke arah kepala) di dalam kepala,” kata YB Rafizi.

Beliau berkata, untuk menjadi pendebat yang bagus, minda pendebat perlu menguasai banyak pengetahuan.

Untuk banyakkan pengetahuan, kita perlu banyak membaca

Salah satu kaedah yang boleh diamalkan oleh pendebat untuk menambah pengetahuan adalah dengan banyak membaca.

“Labih banyak kita membaca, lebih banyak kita faham tentang sesuatu isu yang diperbincangkan. Lebih mudah untuk kita menerangkan pada orang.”

Selain itu, Rafizi juga menggariskan perbezaan ketara antara syarahan, pidato dengan debat, yang mana debat lebih mementingkan aspek pembacaan.

Beliau turut memberikan nasihat kepada anak-anak muda yang ingin menceburi bidang politik agar sentiasa membaca untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang secukupnya.

“Jadi, kepada ahli politik yang muda-muda, nak berdebat dengan baik, mudah sahaja. Baca banyak-banyak,”

Beliau seterusnya menegaskan bahawa dengan membaca secara berterusan dan konsisten dapat memberikan ilmu yang mendalam mengenai sesuatu perkara.

Amalan ini dapat memberikan keyakinan dan melancarkan penyampaian hujah pendebat sewaktu berdebat.

BACA: Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

Sumber: Astro Awani via Twitter