Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
video malaysia israel
Kredit: Bernama

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama – Fahmi

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama – Fahmi

PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Semakan dilakukan terhadap klip video tular berkenaan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Semakan menunjukkan ia (video) daripada YouTube ‘Malaysia And Israel – From Enemies To Allies?’. Berdasarkan carian dalam YouTube video itu adalah pada 17 Disember 2021, bukan 2023. Dua tahun yang lalu, waktu itu saya bukan menteri,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini hari ini.

Fahmi berkata persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap video tular itu seharusnya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu.

Satu video tular di media sosial berhubung seorang individu dikenali sebagai “Victor Yong Jen Ong” yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel yang dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan.

Fahmi juga menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.

Ketika ditanya kebimbangan netizen berkenaan maklumat pengguna yang menebus RM100 eMADANI tidak dilindungi, Fahmi memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat termasuk yang menebus kredit eMADANI adalah selamat dan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak kerana ia adalah komitmen kerajaan.

Penebusan kredit eMADANI bermula 4 Dis lepas merupakan inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 dan dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia.

BACA: Cybertruck Menang, Buat “Drag Race“ Lawan Porsche 911 Sambil “Towing” Porsche 911

Sumber: Bernama