Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kereta enjin diesel
Kredit: Bernama

Pernah Tak Terfikir, Kenapa Kereta Tak Pakai Enjin Diesel? Ini Sebabnya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Pernah Tak Terfikir, Kenapa Kereta Tak Pakai Enjin Diesel? Ini Sebabnya

Ketika dunia secara perlahan-lahan mula beralih kepada kereta elektrik, namun kereta berenjin bahan api fosil atau petrol masih menjadi pilihan ramai pengguna.

Sebagai pengguna kenderaan berenjin petrol, stesen minyak menjadi destinasi wajib disinggah, sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Di stesen minyak, biasanya terdapat dua jenis bahan api yang dijual iaitu jenis petrol dan jenis diesel.

Bagi kereta dan kenderaan ringan, sudah semestinya kita semua sedia maklum bahawa minyak yang perlu digunakan adalah jenis petrol.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir, apa yang akan terjadi kepada kenderaan enjin petrol jika diisi dengan minyak diesel?

Persoalan yang lebih besar, kenapa tiada kenderaan ringan atau persendirian dipasang dengan enjin diesel?

Jadi kali ini, SK hendak membawa perkongsian daripada Science ABC bagi menjawab persoalan-persoalan diatas.

Nisbah mampatan yang lebih tinggi

Enjin disesel dinyalakan melalui proses mampatan, berbanding proses spark yang berlaku dalam enjin petrol.

Nisbah mampatan yang lebih tinggi akan memastikan tahap keefisienan termal yang lebih baik dan tahap pembakaran bahan api yang lengkap.

Enjin diesel biasanya digunakan dalam kenderaan berat yang digunakan untuk perjalanan jauh.

Jika perlu berhenti secara kerap untuk mengisi minyak seperti kenderaan petrol, perjalanan yang jauh akan menjadi tidak efisien.

Selain itu, kenderaan-kenderaan berat juga digunakan untuk mengakses kawasan yang jauh daripada penempatan manusia.

Di kawasan-kawasan ini, kemudahan-kemudahan asas seperti stesen minyak yang besar juga mungkin sukar ditemui.

enjin diesel kereta
Kredit: Science ABC
Bahan api yang sarat dengan tenaga

Walaupun mempunyai nilai kalorifik yang sama dengan petrol, namun diesel lebih ‘padat’ dengan tenaga.

Kepadatan tenaga biasanya diterjemah kepada nilai torque yang lebih tinggi.

Kenderaan-kenderaan berat dengan muatan yang besar memerlukan enjin dengan jumlah torque yang tinggi.

Bahan api yang terbakar dalam kadar yang perlahan

Bergerak dengan muatan berat akan memakan lebih banyak tenaga. Pembakaran diesel secara perlahan dapat memastikan tenaga yang mencukupi bagi kenderaan berat untuk terus bergerak, walaupun perlahan.

Enjin pembakaran diesel lebih kondusif untuk kenderaan dengan muatan berat dan perlu menempuh keadaan muka bumi yang mencabar.

Rekaan enjin

Enjin diesel direka bagi memanfaatkan tiga ciri di atas. Kompenen ini mempunyai lubang dan lejang yang lebih panjang dan sering dibantu dengan pengecasan turbo untuk memaksimumkan torque yang tersedia bagi kenderaan berkenaan.

Padunya enjin diesel tetapi kenapa tak pakai dekat kereta dan kenderaan ringan yang lain?

Jadi mengapa kenderaan ringan tidak dapat memanfaatkan semua ciri baik di atas?

Hakikatnya, kenderaan kecil atau ringan tidak akan mendapat manfaat yang sama daripada enjin diesel. Sebaliknya, mungkin perlu menanggung keburukan-keburukan yang lain pula.

Lebih bising dan getaran semakin kuat

Disebabkan nisbah mampatan yang lebih tinggi, enjin diesel akan menghasilkan bunyi yang lebih bising dan getaran yang lebih kuat (NVH).

Perkara ini tidak menjadi satu isu bagi kenderaan berat, tetapi mempunyai risiko yang besar kepada kenderaan ringan, disebabkan faktor saiz yang lebih kecil.

Bagaimanapun, banyak pembuat kereta melakukan penambahbaikkan terhadap enjin diesel masing-masing agar boleh digunakan pada kenderaan ringan.

Hari ini, banyak kenderaan seperti jip, SUV dan sebagainya menggunakan enjin diesel.

Kos penyelenggaran yang lebih tinggi

Kompenan kenderaan yang sering mengalami getaran kuat akan lebih cepat haus dan rosak lebih awal daripada jangkaan.

Bagi kenderaan enjin diesel, setiap komponen perlu direka bagi menampung kekuatan getaran yang tinggi.

Walaupun enjin diesel itu sendiri tidak perlu diselenggara secara kerap, namun kos penyelenggaran kompenan lain tetap ada.

Sebab itulah enjin diesel kurang popular untuk dipasang pada kenderaan ringan.

Ia bertentangan dengan objektif kenderaan ringan atau persendirian yang sepatutnya bersifat kenderaan ekonomi.

Isu-isu pencemaran

Walaupun enjin diesel memiliki tahap keefisienan yang lebih tinggi berbanding enjin petrol, tetapi enjin diesel selalu dikaitkan dengan pencemaran.

Enjin diesel membebaskan gas nitrogen oksida yang dikaitkan dengan masalah kegagalan sistem respitori pada manusia.

Tidak seperti enjin petrol yang mampu meneutralkan gas berbahaya ini menerusi sistem ekzos, enjin diesel tidak dapat mengatasi isu tersebut secara efektif.

Manakala, enjin diesel lama pula dikaitkan dengan pelepasan gas NOx yang lebih besar ke atmosfera.

Sehubungan itu, banyak negara mengharamkan kenderaan enjin diesel yang berusia di atas 10 tahun.

Jadi untuk mengelak sebarang hukuman atau cukai berkenaan enjin diesel, maka enjin berkenaan menjadi kurang popular dalam kenderaan ringan.

BACA: Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Sumber: Science ABC