Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar via Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Letak Ayat Al-Quran Pada Gambar Yang Tidak Bersesuaian

Nurul Alya

Hukum Letak Ayat Al-Quran Pada Gambar Yang Tidak Bersesuaian

Baru-baru ini, sebuah poster bagi filem yang bakal ditayangkan telah tular dan dikritik teruk kerana meletakkan ayat Al-Quran pada imej yang tidak sesuai.

Susulan pengeluaran poster itu, ramai yang mengatakan bahawa kalimah Allah yang ditulis dalam bahasa Arab itu tidak patut diletakkan pada kain hitam yang membaluti tubuh seorang wanita (pada poster).

Disebabkan itu, timbul persoalan mengenai hukum meletakkan ayat Al-Quran dalam gambar yang tidak bersesuaian. Persoalan itu telah dijawab oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Ikuti perkongsian ini untuk penjelasan yang lebih lanjut.

820: HUKUM MELETAKKAN AYAT AL-QURAN PADA GAMBAR YANG TIDAK SESUAI

SOALAN

Assalamualaikum SS Mufti. Sekarang tular di media sosial berkenaan promosi filem dari negara jiran pawagam. Namun promosi pada filem tersebut yang meletakkan ayat al-Quran pada poster pengiklanan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyaratkat. Mohon penjelasan SS Mufti berkenaan isu ini.

Ringkasan Jawapan:

Meletakkan ayat al-Quran pada poster iklan untuk mempromosi filem adalah perbuatan yang tidak sesuai dan satu penghinaan terhadap kesucian ayat al-Quran itu sendiri. Bahkan perbuatan seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh ke dalam kekufuran berdasarkan ijmak para ulama. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seharusnya lebih peka serta berhati-hati dalam perkara yang sensitif seperti ini supaya tidak menjadikan ayat al-quran sebagai bahan promosi dengan meletakkannya pada poster, gambar dan mana-mana tempat yang tidak sepatutnya.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari kiamat.

Sudah terang lagi nyata bahawa ayat al-Quran merupakan Kalamullah yang wajib dijaga dan dipelihara dengan baik. Perkara ini telah disepakati oleh para ulama sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:

أَجْمَعَ المُسْلِمُونَ عَلَى وُجُوبِ صِيَانَةِ المصحف وَاحْتِرَامِهِ

Maksudnya: Seluruh orang Islam telah bersepakat ke atas kewajipan memelihara mushaf (al-Quran) dan menghormatinya.

Menulis ayat al-Quran pada poster iklan bersama gambar yang tidak sepatutnya merupakan satu penghinaan terhadap ayat al-Quran itu sendiri dan boleh diumpamakan sebagai memperolok-olok serta mempermain-mainkan kesucian al-Quran. Hal ini jelas perbuatan tersebut merupakan satu jenayah berat yang boleh mengundang dosa besar berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ‎﴿٦٥﴾‏ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ ‎﴿٦٦﴾

Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (65) Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (66)”

(Surah al-Taubah, 65-66)

Lebih berat lagi, para ulama bersepakat tentang perbuatan meremehkan dan mempermainkan kesucian al-Quran boleh dikategorikan sebagai kafir dan terkeluar dari agama Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Qadi Iyad dalam karyanya al-Syifa bahawa para ulama bersepakat, seseorang itu jatuh kafir sekiranya dia meremeh atau menghina walaupun sebahagian daripada al-Quran.

Oleh itu, memelihara dan menjaga kesucian al-Quran merupakan tanggungjawab semua pihak bahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan garis panduan seperti berikut:

Semua aktiviti berkaitan dengan pembuatan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran hendaklah:

  1. Orang yang membuat urusan pembuatan adalah orang Islam seperti menjilid, filem, dan sebagainya.

  2. Ayat yang dicetak hendaklah diambil daripada al-Quran mashaf Rasm Uthmani dan mengikut kaedah seni khat yang betul.

  3. Dilakukan di tempat yang bersih dan terkawal daripada pencemaran najis.

  4. Menggunakan bahan-bahan pembuatan serta alat-alat yang bersih dan suci mengikut hukum syarak.

  5. Tidak terdedah kepada kemungkinan dilangkah atau dipijak seperti diletakkan di atas lantai.

  6. Menyediakan tempat pembuangan khas untuk dilupuskan.

  7. Dilarang mencetak ayat al-Quran di akhbar-akhbar, key-chain, kasut, baju, kad ucapan, kad undangan perkahwinan, jubin, VCD dan seumpamanya kerana dikhuatiri tidak dapat menjaga kesuciannya sekalipun untuk tujuan pengiklanan.

Kesimpulan

Meletakkan ayat al-Quran pada poster iklan untuk mempromosi filem dalam keadaan yang tidak hormat kepada ayat suci adalah perbuatan yang tidak sesuai dan satu penghinaan terhadap kesucian ayat al-Quran itu sendiri. Bahkan perbuatan seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh ke dalam kekufuran berdasarkan ijmak para ulama jika dilakukan dengan tujuan untuk menghina.

Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seharusnya lebih peka serta berhati-hati dalam perkara yang sensitif seperti ini supaya tidak menjadikan ayat al-quran sebagai bahan promosi dengan meletakkannya pada poster, gambar dan mana-mana tempat yang tidak sepatutnya.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA JUGA: Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat