Siakap Keli
malaysia singapura indonesia semikonduktor

Malaysia & Singapura Punca Indonesia Tidak Berdaya Maju Dalam Industri Semikonduktor – Airlangga

Malaysia & Singapura Punca Indonesia Tidak Berdaya Maju Dalam Industri Semikonduktor – Airlangga

Malaysia dan Singapura menjadi pun kepada negara Indonesia tidak berdaya maju dalam industri semikonduktor. Begitulah dakwaan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto.

“Singapura dan Malaysia tidak senang melihat industri itu berkembang di Indonesia, makanya mereka memberi tekanan kepada kita dengan membuat ‘bising’ menggunakan badan bukan kerajaan, supaya kita tidak berjaya dalam industri semikonduktor, ini realitinya,” kata Airlangga dalam satu ucapan sempena seminar ekonomi.

Tambahnya lagi, Indonesia sudah hampir berjaya dalam industri tersebut tapi ia tidak bertahan lama selepas pelabur-pelabur antarabangsa mula berpindah ke Malaysia.

“Sejak itu Malaysia telah menjadi kuasa besar dalam industri semikonduktor di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Kementerian Perindustrian dalam satu catatan mereka, Indonesia pernah memiliki kilang industri semikonduktor pada tahun 1973. Fairchild Semiconductors dan National Semiconductors pelabur dari Amerika Syarikat dalam industri komponen cip.

Disebabkan masalah buruh, Malaysia jadi pilihan pelabur kilang semikonduktor berpindah pada tahun 1985. Bermula sejak itu, pembuatan semikonduktor Indonesia telah hilang tempat kepada Malaysia. Malah, Indonesia telah menjadi pengimport semikonduktor.

Akhbar perniagaan Financial Times yang berpusat di Britain melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Terutamanya di Pulau Pinang, seperti gergasi cip Amerika Micron dan Intel, syarikat semikonduktor Eropah AMS Osram dan Infineon, dan Fengshi Metal Technology yang berasal dari Suzhou, China.

Sumber: Sinar Harian, CNBC Indonesia

BACA: Balai Polis Ulu Tiram Diserang Lelaki Bertopeng

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)