Siakap Keli
penumpuan angin utara
Kredit: Bernama

Penumpuan Angin Di Utara: Ribut Petir, Hujan Lebat Dalam Tempoh Lebih Panjang 

Penumpuan Angin Di Utara: Ribut Petir, Hujan Lebat Dalam Tempoh Lebih Panjang 

Jabatan Meteorogi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan berlaku penumpuan angin yang dijangka berterusan di utara Semenanjung Malaysia sehingga 12 September 2024.

Menerusi muat naik di platform X, MetMalaysia berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis ke atas model-model cuaca yang dibuat pihaknya.

Keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia.

Orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BACA: Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Sebelum ini, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran berlaku ribut petir dan hujan lebat diramal melanda kebanyakan negeri hari ini. Menerusi amaran tersebut, ribut petir dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau PinangKelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala bagi negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak pula hanya melibatkan beberapa kawasan tertentu.

Terdahulu, satu kejadian kepala air dilaporkan telah berlaku di air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun. Dalam kejadian itu, sebanyak empat kampung di Yan, Kedah dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang berpunca daripada limpahan air tersebut.

BACA: Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata beberapa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Bomba Komuniti telah ditempatkan di kawasan berisiko. Sebagai langkah keselamatan, pemantauan berkala turut dilakukan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Beberapa video kejadian turut dikongsikan oleh orang awam menerusi sosial media.

Sumber: Jabatan Meteorogi Malaysia (MetMalaysia)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.