Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
bayaran dolly chaiwala
Gambar: TikTok @Dolly ki Tapri

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Bayaran Untuk Jemput Dolly Chaiwala

Iqbal Yasir

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Bayaran Untuk Jemput Dolly Chaiwala

India terkenal dengan peniaga-peniaga makanan jalanan atau ‘street food’ yang sering kali mencuri perhatian dunia, terutama melalui platform media sosial.

Setiap daripada mereka mempunyai gaya tersendiri dalam menjalankan perniagaan, menjadikan sesetengah daripada mereka begitu ‘terkenal’.

Salah seorang peniaga tempatan yang berjaya mencipta nama ialah Dolly Chaiwala, atau nama sebenarnya Sunil Patil.

Kisah hidupnya luar biasa, iaitu bermula sebagai seorang lelaki yang menjual air teh tarik di tepi jalan, kini dia bergelar seorang jutawan.

Keunikan cara Dolly menyediakan teh tarik dan gaya perniagaannya yang tersendiri telah berjaya menarik perhatian ramai.

Popularitinya melonjak dengan begitu pantas hingga sesiapa yang ingin menjemputnya kini perlu membuat bayaran khas.

“Tersedak” dengar bayaran untuk panggil Dolly Chaiwala

Gambar: TikTok @aktifoodie

Dalam satu podcast baru-baru ini, pendedahan tentang bayaran yang diperlukan untuk menjemput Dolly telah mengejutkan ramai.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman bagaimana dia cuba untuk menjemput Dolly bagi sebuah acara di Kuwait.

Bagaimanapun, dia gagal kerana Dolly sudah mempunyai banyak tempahan.

Bermula dari situ, timbul persoalan dalam dirinya mengenai bayaran terhadap individu terbabit.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 5 lakh rupee, iaitu bersamaan kira-kira 2,000 hingga 2,500 Dinar Kuwait (KD).

Jika ditukarkan ke dalam Ringgit Malaysia, jumlah tersebut bersamaan dengan RM28,393 hingga RM35,569.

Gambar: TikTok @Dolly ki Tapri

Tambahnya, peminat yang ingin menjemput Dolly perlu menempah sebuah hotel empat atau lima bintang bagi dua orang tetamu.

Lebih mengejutkan, maklumat tersebut datang bukan daripada Dolly sendiri, tetapi melalui individu yang menguruskan jadual dan tempahannya.

Ini menunjukkan betapa hebatnya lelaki itu mengubah hidupnya daripada seorang peniaga teh tarik kepada jutawan yang mampu melantik seorang pengurus peribadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan ‘hakikat’ tersebut.

Apatah lagi, Dolly sebelum ini telah memuat naik video dia menyediakan air teh buat bekas Ketua Eksekutif Microsoft, Bill Gates.

“Dia tahu nilai dirinya,”

“Ia adalah bayaran biasa untuk selebriti, dan tak menyamai nilai artis Bollywood,”

“Kenapa orang mengkritiknya hanya kerana dia menjual air teh?”

“Semuanya adalah tentang perniagaan,”

BACA: Ten Hag Perlu Dengar Cakap Ruud Van Nistelroy, Jika Mahu Bina Semula MU – Ronaldo

BACA: Khairul Aming Tempah Hotel 5 Bintang, Bawa 100 Orang Staf Bercuti

BACA: Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Bermula Esok Hingga 18 September

Sumber: TikTok @aktifoodie