Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pendedahan rangkaian jenayah telegram
Kredit: Bernama

Pendedahan Rangkaian Jenayah: Telegram Diminta Beri Kerjasama

Azizah Najib

Pendedahan Rangkaian Jenayah: Telegram Diminta Beri Kerjasama

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Perkhidmatan permesejan Internet, Telegram, diminta memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha menangani masalah jenayah menggunakan aplikasi itu secara meluas seperti didedahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengadakan pertemuan dengan pihak Telegram pada 18 Sept lepas, dan akan melakukan perbincangan secara berterusan dalam usaha menangani isu berkenaan.

“Saya lihat memang hari ini beberapa bentuk jenayah masih berleluasa di platform Telegram seperti scam (penipuan) pelaburan, jualan dadah dan aspek seperti pornografi dan jenayah terhadap kanak-kanak serta bahan seksual melibatkan kanak-kanak.

BACA: Pasangan Warga Emas Menangis Jumpa Bayi Dalam Kotak

“Jadi ada beberapa elemen ini kita minta pihak Telegram boleh bekerjasama, dan MCMC telah mengadakan siri pertemuan. Kita ikuti dengan rapat apa sedang berlaku di Perancis,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2024 di sini hari ini.

Fahmi berkata setakat ini kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan dari platform media sosial itu dengan syarat mereka memberikan kerjasama baik seperti yang dikehendaki.

Beliau berkata semua platform media sosial diberi masa selama dua bulan untuk berdaftar dengan MCMC dan menekuni isi kandungan draf pertama Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan ini.

BACA: Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam Dan Pekerja Ladang Dikekalkan

Menurut Fahmi, platform media sosial yang memenuhi syarat iaitu mempunyai lebih 8 juta pengguna tapi gagal berdaftar bagi dilesenkan, boleh dikenakan beberapa tindakan undang-undang.

“Baru-baru ini saya mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala bersama Duta Besar Perancis ke Malaysia TYT Axel Cruau dan perbincangan kami menyentuh isu tindakan telah diambil oleh mahkamah di Perancis terhadap pihak Telegram.

“Antara perkara telah dimaklumkan dan diketahui umum, pihak Telegram sekarang lebih bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana badan penguatkuasaan dan badan kawal selia malah juga pihak kerajaan dalam berapa perkara,” katanya.

BACA: Pekerjaan Ini Dihormati, Gaji ‘Mewah’ Di Jepun

Reuters melaporkan PBB mendedahkan rangkaian jenayah berkuasa di Asia Tenggara menggunakan aplikasi Telegram secara meluas, membolehkan perubahan asas dalam cara jenayah terancang menjalankan aktiviti haram berskala besar.

PBB menerusi laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Dadah dan Jenayah (UNODC) mengemukakan dakwaan terkini terhadap Telegram, selepas Perancis menggunakan undang-undang baharu yang ketat tanpa kesetaraan antarabangsa, mendakwa Ketuanya Pavel Durov membenarkan aktiviti jenayah di platform itu.

Sumber: Bernama