Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelakon suara doraemon meninggal
Kredit: STR/JIJI PRESS/TORU YAMANAKA/AFP

Pelakon Suara Doraemon, Nobuyo Oyama Meninggal Dunia

Azizah Najib

Pelakon Suara Doraemon, Nobuyo Oyama Meninggal Dunia

Pelakon suara anime lagenda Doraemon, Nobuyo Oyama telah meninggal dunia, lapor AFP.

Pada usia 90 tahun, pemergian mendiang disahkan oleh pihak agensinya pada 29 September kerana faktor usia. Majlis pengebumiannya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Bermula 1979 hingga 2005, Oyama telah mengabdikan suaranya buat kanak-kanak di seluruh dunia sebagai robot kucing yang datang dari abad ke-22 di kediaman Nobi. Kemunculan Doraemon dalam kehidupan Nobita dengan pelbagai alat dari poket ajaibnya mengubah kehidupan budak lelaki tersebut.

BACA: Pencipta Bersama Komik Doraemon, Fujiko Fujio A Meninggal Dunia

Dalam hidupnya, Oyama mendirikan rumahtangga bersama personaliti TV, Keisuke Sagawa yang telah meninggal dunia pada 2017. Pada 2015, mendiang dilaporkan menghidap penyakit demensia lalu menyebabkan mendiang terpaksa mengundur diri dari dunia lakon suara.

Menurut Tokyo Weekender, lakonan Oyama sebagai suara kepada robot kucing dari masa depan itu bukan sahaja sebagai hiburan. Malah, suaranya turut menjadi kayu ukur bagi pengalih-pengalih suara watak yang lain.

“Gambaran Doraemon yang dilakonkan oleh mendiang menjadi kayu ukur daya tarikan watak tersebut. Suaranya yang lembut dan lucu menjadikan Doraemon satu figura yang disayangi. Hasil kerja mendiang menjadi asas kepada kejayaan siri tersebut disiarkan begitu lama biarpun selepas mendiang tidak lagi memegang watak tersebut.

“Pengaruh Oyama terhadap industri anime juga tidak dapat dipertikaikan, mendiang telah memberi inspirasi kepada beberapa generasi pelakon suara. Mendiang turut meninggalkan kesan mendalam yang tidak dapat dilupakan dalam budaya popular Jepun,” ujarnya.

Setakat hari ini, Doraemon masih memegang takhta siri anime Jepun terpanjang yang disiarkan. Siri ini bukan sahaja menjadi tontonan warga Jepun, malah turut terkenal di seluruh dunia.

Biarpun mendiang telah digantikan dengan pelakon suara yang baharu, namun suara seraknya masih menjadi ikonik dengan watak Doraemon bagi kanak-kanak yang kini sudah dewasa.

Doraemon, pada asalnya dicipta oleh dua penulis komik manga, Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko yang menggunakan nama pena Fujiko F Fujio 10 tahun sebelum siri anime ini ditayangkan di kaca TV.

BACA: Penulis & Penyanyi OST Anime, Sayuri Meninggal Dunia

Sumber: AFP, Tokyo Weekender

BACA JUGA: “Padi Rosak Sebab Banjir,” Realiti Petani Je Faham, Tapi Boleh Elak Rugi Kalau Pandai Buat Cara Ni