Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: Bernama

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Iqbal Yasir

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Perkembangan itu dicatatkan walaupun pasaran secara amnya kekal tidak menentu susulan kebimbangan mengenai pendirian monetari China dan AS.

Pada jam 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.2925/3080 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari sudut ekonomi, keadaan ekonomi AS menjadi tumpuan dengan bank pusat negara maju itu dilihat tidak cenderung melaksanakan dasar monetari yang agresif selain kebimbangan terhadap langkah rangsangan China yang setakat ini tidak menepati jangkaan pakar.

“Tumpuan kini kepada langkah monetari oleh China dan AS, malah atas alasan itu dolar AS dijangka kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.

Pada awal urus niaga hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8666/8774 daripada 2.8743/8778 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6823/6992 daripada 4.6935/6989 semalam, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6086/6288 daripada 5.6056/6121, sebelum ini.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan itu naik berbanding baht Thailand kepada 12.8927/9482 daripada 12.9310/9538, mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2815/2936 daripada 3.2868/2909 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 275.7/276.8 berbanding 275.8/276.3, semalam.

Ringgit bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.47/7.50 berbanding 7.47/7.49, semalam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dakwa Tak Makan & Minum Selama 12 Jam, Pasukan Nigeria Terkandas Di Lapangan Terbang Libya

BACA: Harimau Malaya Akur Kehebatan New Zealand