Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kemas banjir
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

KEMAS Ambil Langkah Segera Urus Tabika Terkesan Banjir

Nurul Naqiyah

KEMAS Ambil Langkah Segera Urus Tabika Terkesan Banjir

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengambil perhatian mengenai rakaman video tular di sosial media yang memaparkan kejadian banjir di premis TABIKA KEMAS Klang Gate, Gombak dan TABIKA KEMAS Jalan Hulu Klang, Batu 8, Ampang pada hari ini, Selasa, 15 Oktober 2024.

Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi telah mengakibatkan limpahan air lantas menyebabkan kawasan TABIKA KEMAS tersebut ditenggelami air.

Pihak KEMAS ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di kedua-dua TABIKA KEMAS tersebut. Langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan segera mengikut prosedur Persediaan Menghadapi Musim Tengkujuh Bagi TABIKA dan TASKA KEMAS Daripada Bencana Alam (Banjir).

Sehubungan itu, KEMAS telah mengambil tindakan lanjut bagi menangani kesan daripada banjir dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pihak:

1. PENUTUPAN PREMIS BAGI TUJUAN PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN PREMIS Premis TABIKA KEMAS Klang Gate, Gombak dan TABIKA KEMAS Jalan Hulu Klang, Batu 8, Ampang ditutup selama 2 hari sehingga esok dan sesi pembelajaran akan dibuka semula pada Khamis, 17 Oktober 2024 bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan premis TABIKA yang terjejas.

KEMAS akan memastikan premis tersebut dibersihkan sepenuhnya dan disanitasi bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dan kakitangan apabila ia dibuka semula.

2. PEMBAIKAN PERALATAN YANG TERJEJAS

KEMAS akan melakukan penilaian kerosakan akibat banjir. Semua keperluan akan dipenuhi agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

3. KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

KEMAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat untuk menilai keadaan sistem saliran di sekitar kawasan tersebut dan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk memperbaiki sistem perparitan bagi mengelakkan kejadian banjir berulang.

4. LANGKAH KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

KEMAS mengambil langkah mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dengan mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Kesihatan.

5. PENGURUSAN KRISIS DAN RESPONS CEPAT

KEMAS sentiasa mengikuti dan mengambil perhatian terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca dari semasa ke semasa.

KEMAS sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah seliaan. KEMAS akan terus memantau keadaan dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku pada masa akan datang.