Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak hilang dari 2020
Kredit: Bernama

3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas

Azizah Najib

3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Seramai 3,847 kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dari 2020 hingga September tahun ini, dengan 96 peratus kes kehilangan berjaya ditemukan semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 792 kanak-kanak dilaporkan hilang pada 2020, 594 orang (2021), 902 orang (2022), 779 orang (2023) dan 780 orang setakat bulan lepas.

“Puratanya 770 kes setahun, kurang lebih dua kes sehari. Yang menariknya, daripada 3,847 kes kanak-kanak hilang ini, yang berjaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumpa semula ialah 96 peratus. Maknanya bagi setiap 100 hilang, 96 kita selamatkan dan yang meninggal dunia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

BACA: Lebih 100 Maut Dalam Letupan Lori Tangki Minyak

Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai usaha dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan merekodkan sehingga dua kes sehari dari 2020 hingga 2024.

Saifuddin Nasution berkata baki kes diklasifikasikan sebagai masih hilang.

Beliau berkata kanak-kanak hilang berusia 13 hingga 15 tahun merangkumi 54 peratus, manakala yang berumur 16 hingga 18 tahun adalah 37 peratus.

“Paling ramai dilapor hilang ialah kanak-kanak perempuan iaitu 74 peratus dan kanak-kanak lelaki (26 peratus),” katanya.

BACA: “Buatan Malaysia,” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox

Saifuddin Nasution berkata antara punca yang dikenal pasti berlakunya kes kehilangan berkenaan adalah disebabkan remaja yang ingin mencari kebebasan, mengikut kawan dan kekasih, serta salah faham dengan keluarga.

Beliau berkata antara usaha KDN dalam menangani kes kanak-kanak hilang termasuk menumpukan kepada pelaksanaan program kesedaran dengan sebanyak 457 program membabitkan 141,000 kanak-kanak telah dilaksanakan setakat ini.

Selain itu, platform Nur Alert dan portal akan digunakan untuk meluaskan pencarian kanak-kanak hilang dengan sokongan moral dan psikologi turut diberikan kepada keluarga.

“Syor saya ialah apabila berlaku sahaja insiden ini…jangan tunggu melepasi 24 jam, sebab ini melibatkan kanak kanak, pesan saya ialah lapor segera,” katanya.

BACA: Paip Pecah Punca Bas Sekolah ‘Sangkut’ Masuk ‘Sinkhole’

Sumber: Bernama