Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kematian pakar perubatan patologi
Kredit: Bernama

Hasil Siasatan Kematian Pakar Perubatan Patologi Akan Didedahkan – Dr Dzulkefly

Azizah Najib

Hasil Siasatan Kematian Pakar Perubatan Patologi Akan Didedahkan – Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa bebas yang menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi Hospital di Lahad Datu, yang didakwa dibuli di tempat kerja kepada umum, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata beliau sesekali tidak akan berkompromi dalam hal itu dan akan mendedahkan hasil siasatan atas prinsip kebertanggungjawaban serta ketelusan.

“Mustahak perkara ini dilakukan sedemikian, supaya semua pihak dapat mengambil iktibar penuh, sama ada pelaku, pembuat polisi, pelaksana dan kita juga pembuat dasar.

“Kita kena tahu apa yang sebenarnya perkara itu secara granular, terperinci supaya kita mengambil iktibar dan dijadikan satu polisi dan seterusnya jika kita mahu buat polisi, berdasarkan bukti dan maklumat yang tepat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

BACA: Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang bertanya, sama ada KKM merancang untuk mengemukakan hasil siasatan jawatankuasa itu kepada orang ramai.

Dzulkefly berkata jawatankuasa bebas itu diberikan masa tiga bulan bagi menyiasat kes berkenaan bermula 10 Oktober dan tambahan tiga bulan juga diberikan kepada jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan-dakwaan kes buli di fasiliti kesihatan KKM seluruh negara.

Jawatankuasa bebas itu dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah dan disertai bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, Pakar Patologi dan Perunding Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Ulung Datuk Dr Looi Lai Meng.

BACA: “Buatan Malaysia,” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox

Turut menganggotainya Pakar Perunding Kanan (Psikiatri) di Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Chan Lai Fong, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Dr Azman Abu Bakar dan Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang juga bekas Penasihat Undang-Undang KKM, Datuk Mohamad Fazin Mahmud.

Sebelum ini media melaporkan seorang doktor pakar di sebuah hospital di Lahad Datu ditemukan mati di kediamannya di Lahad Datu pada 29 Ogos, dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.

Dzulkefly berkata KKM juga sedang menyiasat satu lagi kes kematian melibatkan seorang doktor di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jun yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan perbuatan buli serta beban kerja melampau.

BACA: Lelaki Selamat, Dua Ahli Keluarga Maut Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut

“Saya memerhatikan apa pun dapatan, fakta dan maklumat tepat, apa pun data dan informasinya, saya pun juga tidak akan ambil mudah, jump into conclusion dan membuat tuduhan itu terutama ketika kita memerhatikan persoalan ketidakcukupan tenaga (kerja) di Hospital Seberang Jaya itu.

“… saya pasti kita juga akan mengambil siasatan awal kes baharu ini dan mungkin menyusuli dengan siasatan jawatankuasa bebas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang doktor wanita ditemukan mati di dalam keretanya di kawasan parkir kereta hospital berkenaan, pada Jun lepas.

Pada masa yang sama beliau memberikan jaminan KKM tidak akan berkompromi dalam hal menangani kes buli dan mahu mewujudkan budaya serta suasana kerja berpasukan yang adil dan budaya hormat-menghormati di fasiliti kesihatan KKM.

Sumber: Bernama