Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
guru ajar murid oku
Kredit: Armaddilo

Cekal Curahkan Ilmu, Guru Guna Cara Unik Ajar Murid OKU Pendengaran

Azizah Najib

Cekal Curahkan Ilmu, Guru Guna Cara Unik Ajar Murid OKU Pendengaran

Kerjaya sebagai seorang guru diakui amat mencabar. Sedari dulu, tugas yang digalas mereka tidak mampu dibalas dengan seluruh harta yang ada di dunia. Dengan kesabaran dan kecekalan yang tinggi, para guru berusaha setiap hari mendidik murid-murid tanpa minta dibalas.

Dengan perkembangan teknologi kini, saban hari kita dapat melihat perkongsian para guru tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama murid. Ada yang menghiburkan, ada juga yang di luar jangkaan. Kreativiti para guru dalam menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak bosan layak dipuji.

Namun, sesi ini tidak dapat dijalankan dengan lancar jika adanya halangan komunikasi antara guru dan murid. Tanpa kita ketahui, halangan inilah yang perlu dihadapi oleh guru pendidikan khas setiap hari.

Dalam mengendalikan kelas murid berkeperluan khas, seseorang guru itu perlu mengenali setiap perwatakan dan telatah anak muridnya. Dengan cara ini, guru akan dapat mengenal pasti cara pendidikan yang sesuai buat anak muridnya.

BACA: Budak Darjah 6 Dipuji Pandai Masak & Berdikari, “Nak Jadi Macam KA”

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru pendidikan khas dari Indonesia ini apabila berdepan dengan murid kurang upaya pendengaran. Cabaran berkomunikasi tidak menjadi penghalang buat dirinya mengajar murid kelainan upaya.

Menerusi video yang tular, beliau dilihat menggunakan satu cara yang unik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelasnya. Perbuatan guru tersebut mengajar seorang murid menyebut perkataan menggunakan getaran di bahagian kotak suara membuatkan ramai terharu.

“Belajar Bahasa Inggeris merupakan satu perkara yang amat mencabar buat pelajar yang kurang pendengaran. Mereka bergantung kepada getaran untuk meneka bunyi-bunyian, terutamanya Bahasa Inggeris. Ia mempunyai percanggahan ketara antara tulisan dan sebutan, terutamanya huruf vokal dan huruf yang didiamkan (silent letters),” katanya.

BACA: “Tulislah Bahasa Melayu Dengan Ejaan Penuh,” – Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat layanan guru tersebut terhadap muridnya.

“Benda macam ni pun aku menangis,” kata seorang warganet.

“Semoga cikgu-cikgu yang baik macam ni masuk syurga tanpa hisab,” ujar seorang lagi.

“(Semoga) panjang umur, banyak rezeki kepada semua guru sekolah,” ungkap seorang warganet.

“Tak boleh lah (dengan) video macam ni. Bergenang air mata. Moga cikgu pendidikan khas yang ikhlas macam ni masuk syurga tanpa hisab. Jasamu terlalu besar dan sangat disanjung tinggi, cikgu,” ucap seorang lagi.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

Sumber: Armaddilo