Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dua parah bot meletup
Kredit: Astro Awani

Bot Meletup & Terbakar, Dua Nelayan Cedera Parah

Azizah Najib

Bot Meletup & Terbakar, Dua Nelayan Cedera Parah

Dua nelayan cedera parah apabila bot fiber yang dinaiki tiba-tiba meletup dan terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, lapor Astro Awani.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.55 malam tadi. Ketika itu, penduduk tempatan sedang menguruskan kediaman masing-masing yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar.

Mangsa, Mohamad Bakri Idham, 54 tahun mengalami kecederaan melecur kira-kira 90 peratus. Di samping itu, rakannya, Nur Azman Sabu, 45 tahun pula melecur hampir 45 peratus dari keseluruhan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, mangsa sedang bersedia untuk ke laut ketika kejadian tersebut berlaku.

BACA: Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh

“Bot fiber berkenaan diletakkan berhampiran pelantar Kampung Tanah Bari, Kuala Perlis sebagai persiapan untuk kedua-dua mangsa itu ‘turun’ ke laut selepas itu. Ketika itu mangsa sedang berada dalam bot berkenaan.

“Mengikut maklumat daripada salah seorang mangsa, ketika mereka hendak membuat persiapan itu, mangsa membuat pemeriksaan bot dengan memastikan minyak, bateri dan kelengkapan bot yang lain lengkap sewaktu bertolak ke laut.

“Namun apabila mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, secara tiba-tiba berlaku letupan sehingga mengakibatkan kebakaran pada bot itu,” katanya.

Beliau turut berkata, mangsa terbakar akibat api dari letupan yang menyambar kedua-dua mereka.

BACA: Kes Konsesi Pasir MBI: SPRM Teliti 20 Projek Dipercayai Mempunyai Unsur Rasuah

“Menurut mangsa, punca kebakaran berlaku apabila mangsa membuka penutup ruangan penyimpanan bateri dan api berkenaan menyambar kedua-dua mangsa dalam bot. Namun sempat diselamatkan oleh orang kampung yang turut berada dalam kawasan itu.

“Mangsa bagaimanapun selamat dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Zaidi Ma’at, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.56 malam.

“Semasa pasukan bomba tiba, bot nelayan berkenaan sudah pun 50 peratus terbakar. Api berjaya dikawal sekitar jam 12.37 tengah malam.

“Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” ujarnya.

BACA: Tiga Melecur, Empat Kilang Meletup Dan Terbakar

Sumber: Astro Awani