Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bintang T CrB Dijangka Meletup Tahun Ini
Ahli astronomi di seluruh dunia kini menanti satu fenomena kosmik yang jarang berlaku apabila satu sistem bintang dikenali sebagai T Coronae Borealis (T CrB) atau digelar "Blaze Star" dijangka meletup sekitar 25 Jun 2026.
Menurut Forbes, letupan ini berpotensi menjadikan bintang tersebut kelihatan dengan mata kasar buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun. Ia sekali gus mencipta fenomena langit yang dianggap 'sekali dalam generasi'.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Research Notes of the American Astronomical Society oleh ahli astronomi Observatori Paris, Jean Schneider, tarikh tersebut merupakan masa paling berkemungkinan secara statistik untuk letupan berlaku tahun ini.
T Coronae Borealis ialah sistem bintang berkembar yang terletak kira-kira 3,000 tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Corona Borealis atau dikenali sebagai "Mahkota Utara".
Sistem ini terdiri daripada bintang gergasi merah dan bintang kerdil putih.
Jelas Forbes, bintang kerdil putih menarik gas daripada bintang gergasi merah. Apabila gas ini terkumpul terlalu banyak, ia mencetuskan letupan termonuklear, fenomena yang dikenali sebagai nova.
Apabila letupan berlaku, kecerahan T CrB dijangka meningkat sehingga 1,000 kali ganda. Biasanya, ia berada pada magnitud +10 (tidak boleh dilihat tanpa teleskop).
Selepas letupan, ia dijangka menjadi sekitar magnitud +2, seterang Bintang Utara (Polaris).
Walaupun tidak seterang supernova, fenomena ini tetap dianggap sangat luar biasa. Hal ini kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar selama beberapa malam atau minggu sebelum kembali malap.
T Coronae Borealis berada dalam buruj Corona Borealis, yang terletak di antara buruj Boötes dan Hercules di langit hemisfera utara.
Menurut Forbes, cara mudah mencarinya adalah dengan:
Cari Big Dipper (Biduk Besar) dan ikuti lengkung pemegangnya ke bintang terang Arcturus.
Dari Arcturus, lihat ke arah Vega.
Di antara kedua-dua bintang ini, terdapat kelompok bintang kecil berbentuk sabit, itulah Corona Borealis.
T Coronae Borealis pernah meletup sebelum ini pada 1866 dan 1946, dan dijangka berulang setiap beberapa dekad.
Jika ramalan tepat, fenomena 2026 akan menjadi peluang unik untuk generasi hari ini menyaksikan sendiri letupan bintang dari Bumi.
Namun, ahli astronomi menegaskan bahawa tarikh tersebut hanyalah ramalan berdasarkan statistik, dan letupan boleh berlaku lebih awal atau lewat.