Latihan Regata Tukar Tragedi, Lima Peserta Dikhuatiri Lemas
KUCHING, 18 Okt (Bernama) — Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Insiden ini melibat 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
“Operasi SAR melibatkan pihak bomba, Pasukan Polis Marin serta Sarawak Coast Guard. Pihak bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air,” katanya dalam kenyataan.
Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP
BACA: Belanjawan 2025: Cukai 2% Ke Atas Pendapatan Dividen Melebihi RM100,000 Akan Dilaksanakan
Sumber: Bernama