Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hidang air kencing
Kredit: Sakib Ali/HT Photo

Pembantu Ditahan Kerana Campur Air Kencing Dalam Makanan Majikan

Azizah Najib

Pembantu Ditahan Kerana Campur Air Kencing Dalam Makanan Majikan

India – Seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di Ghaziabad bertindak menghidangkan makanan yang bercampur air kencing kepada keluarga majikan, lapor Times Of India.

Perbuatan wanita berkenaan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh majikan berikutan kebimbangannya terhadap masalah kesihatan ahli keluarganya. Menurut laporan kesihatan, ahli keluarga majikan tersebut mengalami masalah hati yang tidak dapat dijelaskan.

BACA: Latihan Regata Tukar Tragedi, Lima Peserta Dikhuatiri Lemas

Biarpun mereka telah mendapat rawatan, keadaan yang tidak beransur pulih menimbulkan keraguan pihaknya. Sebagai langkah penyiasatan, majikan tersebut memasang CCTV di dapur. Menerusi rakaman tersebut, wanita berusia 32 tahun itu didakwa membuang air kecil ke dalam periuk dan menggunakan bekas yang tercemar itu untuk memasak.

Susulan itu, majikan tersebut bertindak membuat laporan polis. Sejurus menerima laporan, pihak berkuasa telah menahan suspek. Ketika soal siasat, suspek tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat.

Ketika soal siasat, suspek mengakui perbuatan tersebut disebabkan berang terhadap majikan yang sentiasa memerhatikan segala tindakannya. Malah, suspek turut ditengking terhadap kesalahan-kesalahan kecil, lapor India Today.

Berikutan itu, suspek bertindak mencampurkan air kencingnya dengan tepung beberapa kali untuk membuat roti.

BACA: Tiga Kanak-kanak Maut, Seorang Kritikal Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

Asisten Komisioner, Lipi Nagayach mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 272 yang melibatkan perbuatan malignan yang berkemungkinan menyebarkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa, lapor Hindustan Times.

“Kami menahan suspek pada hari Rabu. Ketika disoal siasat, suspek berulang kali menafikan tuduhan melakukan perbuatan tersebut. Namun apabila video ditunjukkan, suspek terdiam. Selepas itu, suspek terus menukar kenyataan,” jelasnya.

Menurut pihak polis, perbuatan tersebut disebabkan berang terhadap layanan majikannya.

“Dia memberitahu kami bahawa dia kecewa dengan kritikan yang kerap dilontarkan berkenaan kerjanya. Ahli keluarga majikan juga kadang-kala mengherdiknya apabila melakukan kesilapan.

“Disebabkan rasa marah dengan layanan ini, dia tekad melakukan perbuatan tersebut untuk balas dendam.

“Setakat ini, pihak kami masih belum menemui kejadian yang sama berlaku di rumah majikannya yang terdahulu,” tambahnya lagi.

BACA: Pemandu Kereta Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Sumber: Times Of India, India Today, Hindustan Times