Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jimat bateri remote spare
Kredit: Wan Abdullah

Tak Pernah Guna Tapi Bateri Habis? Ini Cara Jimat Bateri “Remote Spare” Kereta

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tak Pernah Guna Tapi Bateri Habis? Ini Cara Jimat Bateri Remote Spare Kereta

Pernahkah terjadi kepada anda situasi mencemaskan apabila alat kawalan jauh kereta entah ke mana, yang simpanan pula tiba-tiba tidak berfungsi sedangkan bateri ada. Bila diperiksa, rupa-rupanya bateri pula habis tanpa diketahui puncanya.

Tahukah anda, sebenarnya ada satu cara yang boleh anda lakukan untuk mengelak daripada situasi cemas tadi berlaku setiap kali ada kecemasan.

Menerusi perkongsian seorang guru, Wan Abdullah dalam kumpulan Facebook Toyota Vios 2023 4th Gen Official Fan Club (Malaysia), ada satu cara anda boleh cuba untuk menjimatkan bateri alat kawalan jauh tambahan kereta anda. Ikuti cara-cara mengaktifkan mod power saving bateri alat kawalan jauh kereta anda di bawah.

Cara jimat bateri remote spare

Pertama sekali, anda pelu tekan butang Lock dengan lama. Dalam masa yang sama, tekan butang Unlock dua kali. Kemudian, pastikan lampu LED yang berwarna merah di alat kawalan jauh anda berkelip sebanyak empat kali. Selesai.

Ketika ini, alat kawalan jauh kereta anda sudahpun berada dalam mod power saving.

Menurut Wan Abdullah, dalam mod ini, alat kawalan jauh tidak akan menghantar apa-apa isyarat. Malah, ia turut menggunakan bateri dalam jumlah yang paling kecil.

“Kereta tak akan kesan alat kawalan jauh walaupun alat itu dibawa berdekatan kereta,” kongsinya.

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Menerusi perkongsian yang sama, Wan Abdullah turut kongsikan cara untuk mengaktifkan semula alat kawalan jauh tadi.

“Tekan saja mana-mana butang pada alat kawalan jauh tersebut,” tambahnya.

Dengan semudah ini, tiada lagi risiko keadaan yang cemas bertambah haru-biru disebabkan bateri alat kawalan jauh tambahan anda habis begitu sahaja.

Namun, satu pesanan daripada Wan Abdullah ingin SK sampaikan. Cara ini hanya terbukti berkesan terhadap kereta berjenama Toyota dan Perodua.

BACA: Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti

Ketika ditemubual, Wan Abdullah memberitahu SK dia telah mencuba kaedah ini berkesan bagi alat kawalan jauh Vios dan Ativa.

“Setakat yang saya cuba, cara ini menjadi dekat alat kawalan jauh Ativa yang reka bentuk kuncinya sama dengan Vios,” katanya.

Selamat mencuba.

BACA: Tak Duduk Diam, Ini Rupanya Tugas “Floor Manager” Di Sebalik Tabir

Sumber: Wan Abdullah