Siakap Keli
video vfx sofyank
Kredit: Sofyank96

Video Terbaru Pukau Mata, Ramai Minta Sofyank Buat Filem Fantasi

Video Terbaru Pukau Mata, Ramai Minta Sofyank Buat Filem Fantasi

Bermula dengan kemunculan seekor anak naga yang comel, yang kemudiannya penonton dibawa terbang ke langit melihat seekor naga dewasa “mengaum” garang. Peralihan babak yang lancar dari suasana ceria dan penuh keseronokan bertukar menjadi seram dan mendebarkan.

Ditemani muzik latar yang kena dengan situasi, dunia pengembaraan ini nampak penuh debaran, keajaiban dan menakjubkan. Itu yang dapat digambarkan apabila menonton video pendek yang dihasilkan oleh pencinta suntingan kesan-kesan khas, Sofyank.

Dengan menampilkan kehadiran naga, Sofyank bukan sahaja berjaya menonjolkan kehebatan kemahirannya. Malah menunjukkan satu kelainan yang mampu dia hasilkan bersama rakan sepasukan.

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Menerusi video pendek yang dimuat naik di laman X miliknya, Sofyank menampilkan lakonan aksi langsung dirinya bersama Adib Alex dan pelakon Sheriff, Zul Ariffin.

“Selepas 60 hari, siap juga kesan video kerjasama pertama dengan abang Zul Ariffin,” ucapnya.

Walaupun hanya satu minit lebih, Sofyank berjaya menghasilkan video berkualiti tinggi itu tanpa kelihatan seperti video “tak siap”. Ketelitian, kreativiti dan komitmen Sofyank terpapar jelas menerusi perlawanan naga di alam fantasi itu.

Kesan cahaya matahari, cuaca di dalam hutan yang tidak terlalu kelam dan suram, ditambah pula dengan kewibawaan abang polis Zul Ariffin, video tersebut meraih pujian dari warganet. Malah, ramai yang mengharapkan Sofyank dan pasukannya dapat menghasilkan filem fantasi, suatu hari nanti.

BACA: Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

https://x.com/sofyank96/status/1848250468054806657

“Dah tahap lain punya suntingan ni. Semoga Sofyank dapat jadi pengarah filem CGI taraf Hollywood pertama Malaysia satu hari nanti,” ujar seorang warganet.

“Ingat naga House of the Dragon tadi. Menangis tengok,” kata seorang warganet.

“Bagus juga berdiri di kaki sendiri, Sofyank. Saya harap awak dapat pembiayaan daripada modal usaha (venture capital) untuk hasilkan filem panjang dengan bakat awak ni,” ujar seorang lagi.

“Gempak sangat dah kemunculan (Zul Ariffin) ala-ala Thor,” puji seorang warga net.

Ada juga yang mempertikaikan jalan cerita yang dipilih Sofyank namun ia tidak lebih daripada satu pertikaian yang membina, dan boleh ditambah baik Sofyank dalam penghasilan video seterusnya.

BACA: Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti

Sumber: Sofyank96

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.