Siakap Keli
lima maut nahas lori
Kredit: Bernama

Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

KOTA BHARU, 25 Okt (Bernama) — Tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.

Lima yang maut ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20; kesemuanya menaiki kereta Perodua Myvi dan pemandu lori G.Mageswara, 53.

BACA: Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Hingga Malam Ini

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.25 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.

“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA: KPDN Kedah Kesan 580 Kenderaan Isi Minyak Berulang Dalam Sehari

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi apabila pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh menghala ke Gua Musang.

“Berikutan itu, lori terbabit terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang menghala ke arah Cameron Highlands, lalu terjatuh dalam gaung,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerusi talian 09-9121 222 atau pegawai penyiasat Insp Aida 012-4027283.

BACA: MCMC Mulakan Rundingan Awam Mengenai Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.