Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanom piak poon

Resipi Kanom Piak Poon, Enak Buat Minum Petang

Azizah Najib

Resipi Kanom Piak Poon, Enak Buat Minum Petang

Hujung minggu pasti meriah jika dapat kejutkan keluarga dengan resipi baru. Apatah lagi jika juadah nampak cantik dan menyelerakan. Namun, bila difikirkan proses penyediaan yang renyah dan penggunaan bahan yang banyak, sedikit sebanyak melunturkan semangat mencuba resipi baru.

Jangan khuatir, kali ini SK bawakan kepada anda resipi pencuci mulut dari Thailand, kanom piak poon. Siap masak tak sampai 30 minit. Bahan pun tak banyak. Sesuai sangat buat anda yang tak mahu berlama-lama di dapur.

Perkongsian resipi kanom piak poon ini dari seorang pengguna TikTok, Fatin Idrus. Menurutnya, pencuci mulut ini boleh dikatakan seumpama lompat tikam.

BACA: Bekalan Anak Di Asrama, Ini Resipi Sambal Cornflakes Anti Lemau

Bahan-bahan kanom piak poon

Mula-mula sekali, sediakan bahan masakan. Untuk isinya, anda perlukan satu cawan tepung beras, satu per tiga cawan tepung ubi dan setengah cawan gula. Sediakan juga secubit garam dan satu sudu kecil air kapur.

Sebagai pewarna dan penambah aroma, kisar tujuh helai daun pandan bersama air. Kemudian, tapiskan air pandan dan ketepikan sebentar.

Untuk kuah santan pula, anda perlukan 200 mililiter santan, suku cawan tepung beras dan secubit garam. Sediakan juga sedikit biji bijan yang sudah disangai untuk hiasan.

Cara masak kanom piak poon

1. Masukkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam dan air kapur dalam periuk.

2. Kemudian, tuang air pandan yang sudah ditapis tadi. Jika anda mahukan warna yang lebih menarik, tambahkan sedikit pewarna hijau.

3. Letakkan periuk di atas api dan masak adunan sehingga pekat.

4. Kacau sehingga adunan menjadi likat dan tiada ketulan tepung. Apabila adunan menjadi likat, tutup api dan biar seketika.

5. Setelah adunan menjadi suam, tuang ke dalam beg pastri.

BACA: Resipi Sambal Jawa Putih, Makan Dengan Nasi Pasti Menambah

kanom piak poon
Kredit: Fatin Idrus

6. Picit beg dan jadikan adunan tepung berbentuk putaran kecil di atas dulang atau alas seperti gambar di atas.

Mengikut petua Fatin, gunakan muncung beg pastri bersaiz besar iaitu 1M supaya bentuk putaran tepung menjadi cantik.

7. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ini untuk pastikan putaran tepung mengeras elok.

Sementara menunggu putaran tepung mengeras, anda boleh siapkan kuah santan.

BACA: Rangup Di Luar Berlemak Di Dalam, Ini Resipi Creamy Crab Croquette

Cara masak santan kanom piak poon

Masak santan bersama tepung beras, secubit garam. Kacau hingga sebati. Jika anda lebih gemar kuah santan yang sedikit cair, boleh juga tuangkan sedikit air ketika santan dimasak.

Untuk menghidang, tuangkan kuah santan di atas putaran tepung. Tabur biji bijan yang sudah disangai untuk tambahan aroma.

Kanom piak poon siap untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Sumber: Fatin Idrus