Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
isu halal khairul aming
Kredit: Khairul Aming
Tiada Kategori

Ditanya Mengenai Status Halal Produk Sebelum Ini, KA Beri Penjelasan

Azizah Najib

Ditanya Mengenai Status Halal Produk Sebelum Ini, KA Beri Penjelasan

Pempengaruh dan pengusaha kilang sambal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming (KA) tampil memperjelas isu berkenaan status halal produk keluarannya sebelum pengiktirafan halal diterima.

Menerusi muat naik di laman X, KA berkata permohonan pensijilan melibatkan prosedur sedia ada dalam pembinaan kilang, seterusnya mewujudkan kawasan pempeprosesan dan pengeluaran yang selari dengan kehendak pensijilan.

“Bukan bermaksud benda tu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia. Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan production line sepenuhnya.

“Pertamanya kita dapatkan sijil MeSTI KKM, lepas tu kita mohon halal, and selepas ni kita mohon sijil lain yang seterusnya. Selangkah demi selangkah,” maklumnya.

BACA: Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM

KA turut menegaskan perkara ini tidak menandakan produk yang dihasilkan selama ini tidak halal.

“Mestilah kita masak yang halal sebab saya sendiri nak makan produk tu,” tegasnya.

Menurutnya lagi, permohonan pengiktirafan halal daripada JAKIM ini dibuat bagi menaik taraf kilang miliknya.

“Sijil halal ni kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan yang kilang, pembekal dan proses masakan kita bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga disahkan halal semuanya.

“Sekarang dah dapat sijil halal kita dah boleh rancang untuk masuk ke pasaran yang lebih besar lagi inshaAllah,” ujarnya.

BACA: Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Untuk pengetahuan, kilang milik pengusaha muda ini telah menerima pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam. Berkongsi berita gembira tersebut di laman TikTok, KA mengesahkan kedua produk keluarannya, Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan halal.

Malah, menerusi perkongsian tersebut, KA turut mengumumkan bakal mengeluarkan produk baharu pada tahun hadapan.

“Harapnya boleh kita kembangkan ke industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu, Kelantan.

“Sekarang kita tengok fokus untuk hasilkan produk ketiga yang insya-Allah akan keluar tahun depan dan lagi sebulan kita akan masuk tahun kelima perniagaan kita ini. Jadi terima kasih semua atas sokongan,” ucapnya semalam.

BACA: PASTI Cipta Rekod, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran

Sumber: Khairul Aming