Siakap Keli
anugerah inovasi british council
Kredit: Dr Sirhajwan Idek

Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, Dr Sirhajwan Idek telah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris (ELTons) British Council 2024 kategori tempatan. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan daripada 60 buah negara.

Ketika ditemu bual oleh SK, Sirhajwan berkata anugerah tersebut dimenangi menerusi pembangunan program pengantarabangsaan yang dilaksanakan secara maya, Virtual, Remote, Live (VRL).

“VRL merupakan program yang membolehkan para pelajar dan guru berinteraksi dengan pelajar dan guru dari luar negara. Interaksi ini berlaku melalui beberapa aktiviti dalam talian iaitu kelas induk, pembentangan persidangan dan kelas pertukaran budaya,” jelasnya.

BACA: Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi ELTons British Council

Setakat ini, VRL telah melibatkan seramai 2000 orang pelajar dan guru yang mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pembelajaran dan pembentangan.

“Ramai pelajar berjaya mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada aktiviti program tersebut. Seterusnya, mereka memperkembangkan impak program mereka masing-masing.

“Ini bermakna VRL telah membawa perubahan yang positif kepada dunia pendidikan,” tambahnya lagi.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

Terdahulu, Sirhajwan telah memulakan inisiatif ini pada 2020 dan berjaya menembusi sekatan geografi di pedalaman negeri Sabah.

Menurut SEA-VET, VRL telah menyediakan peluang pendidikan dan pengalaman pertukaran global kepada pelajar tempatan. Kebanyakan pelajar ini terpinggir dan kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi.

“Sejak perlaksanaan VR, ramai pelajar telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Malah berjaya memupuk rasa kewarganegaraan global dan kecekapan sosiobudaya.

“Selain itu, inisiatif ini turut membangunkan pertumbuhan minda dalam bidang pengetahuan pelajar, diikuti perolehan kemahiran advokasi mengenai isu global sosial dan celik digital dalam peralatan teknologi yang baru,” ujarnya.

BACA: Guru Sabah Menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024

Menerusi VRL, Sirhajwan turut berjaya mengurangkan kesan gangguan pembelajaran ketika pandemik yang ditambah dengan jurang bandar-luar bandar sedia ada.

“VRL menyasarkan untuk memajukan lagi SDG4 – Pendidikan 2030. Ia bagi mendemokrasikan pendidikan untuk kesamarataan, keterangkuman dan kualiti yang lebih baik,” tambahnya.

Sumber: British Council, SEA-VET

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.