Siakap Keli
Bonus Dua Bulan Gaji Johor
Sumber: Bernama

Kakitangan Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Kakitangan Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Kerajaan Johor mengumumkan kira-kira 17,704 penjawat awam negeri tersebut bakal menerima insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji, lapor Sinar Harian.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan perkara berkenaan sewaktu membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Menurut beliau, pemberian insentif khas kewangan berkenaan turut diberikan kepada kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor,” kata Onn Hafiz.

Johor pertimbang sektor awam kerja 4 hari setengah seminggu

Sebelum ini, SK melaporkan negeri Johor turut dilapor bersedia untuk mempertimbangkan pelaksanaan waktu kerja empat hari setengah seminggu bagi sektor awam di negeri itu di masa hadapan.

Kerajaan negeri ketika ini sedang berusaha meningkatkan produktiviti dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya.

Menurut Onn Hafiz, antara yang dilaksanakan adalah memperkasa perkhidmatan digital dengan penambahan urusan yang boleh dilaksanakan secara atas talian atau online.

Selain itu, kerajaan Johor juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter kritikal untuk terus beroperasi termasuk pada waktu rehat di antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang.

Waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan akan diseragamkan.

“Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan tersebut berjalan dengan baik dan lancar, insya-Allah pada masa hadapan kerajaan negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja untuk sektor awam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan itu perlu terlebih dahulu mendapat perkenan pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Terdahulu, kerajaan Johor juga mengumumkan keputusan untuk mengubah semula waktu cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelaksanaan cuti hujung minggu baharu itu difahamkan akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025.

BACA: Kereta Terbabas, Empat Maut Dalam Kemalangan Di Putrajaya

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.