Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
resipi nachos
Kredit: Che Sayang Kitchen

Resipi Nachos Paling Ringkas, Boleh Buat Sendiri Kat Rumah

Azizah Najib

Resipi Nachos Paling Ringkas, Boleh Buat Sendiri Kat Rumah

Makanan dari Mexico sudah menapak di Malaysia sejak dua tiga tahun lalu. Kepingan rangup nachos dimakan bersama daging yang sudah diperasa, dinikmati pula bersama ahli keluarga ketika bersantai pasti meninggalkan kenangan indah.

Nak cuba di restoran, mahal pula. Belum lagi ambil kira barisan pelanggan yang panjang menunggu pesanan. Memikirkan masa yang perlu diluang dengan harga yang perlu dibayar, sudah cukup membuatkan kita patah semangat untuk mencuba hidangan dari Mexico.

Rupa-rupanya, mudah saja untuk buat nachos. Tidak perlu bersusah payah beratur panjang, buat sendiri pun boleh. Malah resipi kali ini hanya menggunakan bahan yang kebiasaannya tersedia di dapur.

Mari ikuti resipi nachos ala Mexico perkongsian Che Sayang Kitchen di bawah.

BACA: Belajar Dari Cef, Ini Rupanya Resipi Coleslaw Yang Sedap & Menjadi

Pertama sekali yang perlu anda buat dalam resipi nachos ini ialah panaskan minyak masak di dalam kuali. Kemudian, goreng daging kisar sehingga separuh masak. Tambahkan serbuk cili flakes, serbuk lada hitam, sedikit garam dan sedikit perasa tambahan.

Gaul sehingga daging masak kemudian ketepikan.

Mari kita buat sos pedas pula. Kisar tiga ulas bawang putih bersama lapan hingga sembilan batang cili padi dan satu batang cili merah. Untuk perasa, tambah sedikit garam, gula dan perahkan lemon. Anda boleh juga guna jus limau mengikut cita rasa masing-masing.

BACA: Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera

Masa untuk sediakan nachos. Alas air fryer dengan kertas pengalas, kemudian susun kepingan nachos dan taburkan daging kisar yang sudah dimasak. Setelah itu, tabur sedikit sos cili pedas tadi. Untuk kelainan, taburkan sedikit keju mozzarella di atas daging dan kepingan nachos.

Kemudian, bakar selama enam ke tujuh minit, siap untuk dihidangkan.

Tapi sebelum itu, SK kongsikan dengan pembaca cara buat sos putih untuk dicicah bersama nachos.

Menjengah di ruangan komen, Che Sayang turut kongsikan bahan-bahan membuat sos putih semudah gaulkan mayonis bersama yogurt manis, jus lemon dan hirisan daun ketumbar. Sos putih siap untuk dinikmati bersama nachos.

BACA: Resipi Kanom Piak Poon, Enak Buat Minum Petang

Sumber: Che Sayang Kitchen