Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
orang asli bina rumah
Kredit: Bernama

Orang Asli Bina Rumah Bangsal Atas Bukit Siap Sedia Hadapi Banjir

Azizah Najib

Orang Asli Bina Rumah Bangsal Atas Bukit Siap Sedia Hadapi Banjir

GUA MUSANG, 22 November (Bernama) — Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di sini membina rumah bangsal di kawasan bukit berhampiran untuk dijadikan tempat perlindungan sementara sekiranya kediaman mereka dilanda banjir.

Penghulu RPS Kuala Betis Blok A Rodzi Asod berkata 60 rumah bangsal berkenaan telah dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar daripada kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.

BACA: 189,580 Peminjam Tak Bayar PTPTN Merupakan Penerima STR

Beliau berkata mereka masuk ke hutan sebelum musim tengkujuh lagi bagi mencari buluh, rotan dan kayu bulat untuk dijadikan tiang dan asas rumah bangsal.

“Terdapat 320 keluarga terlibat dengan setiap keluarga mengeluarkan belanja bagi membeli kanvas untuk dijadikan bumbung,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Seladak, RPS Kuala Betis Blok A hari ini.

BACA: Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas Kewangan RM500 – MB

Sementara itu penduduk Kampung Jias A Hasan Atin, 53, berkata dia bersama tiga anaknya membina rumah bangsal kira-kira 500 meter dari kediaman mereka yang mengambil masa sehingga tujuh hari untuk disiapkan.

“Saya menggunakan 50 batang buluh dan tiga helai kanvas bagi rumah bangsal ini yang boleh memuatkan 15 ahli keluarga dengan setiap kanvas dibeli RM120 sehelai,” katanya dan memaklumkan rumah bangsal ini hanya sesuai untuk kegunaan sementara bagi tempoh kira-kira dua bulan.

BACA: Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

Sumber: Bernama