Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ulat bergantungan
Kredit: ANTV News Plus

Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Azizah Najib

Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Indonesia – Tular di media sosial fenomena ribuan ulat bergantungan dan kelihatan seperti berterbangan di udara berlaku di Gunungkidul, Yogyakarta.

Menerusi video tersebut, penumpang motosikal mengalami kesukaran melalui beberapa jalan disebabkan terganggu dengan kehadiran ulat-ulat tersebut. Penumpang motosikal terpaksa memakai baju hujan bagi mengelak dari ulat melekat di baju. Malah, mereka turut menggunakan batang kayu untuk menghalau ulat yang mengganggu perjalanan.

Menurut Liputan6, fenomena ini sering terjadi ketika musim tengkujuh dan hanya berlaku setahun sekali. Ulat yang berwarna hitam ini dikenali sebagai ulat jati kerana gemar menyerang daun pokok jati.

Berikutan kewujudan hutan pokok jati yang luas di Gunungkidul, kawasan tersebut menjadi tumpuan kemunculan ulat jati ini saban tahun.

BACA: 4 Pelancong Maut Akibat Keracunan Alkohol Di Laos – Laporan

Biarpun ulat jati tidak berbisa dan belum pernah menyebabkan berlaku kemalangan, kehadiran ulat ini tetap dianggap satu masalah apabila air kencingnya yang mengena pada pakaian sukar untuk ditanggalkan.

Menurut salah seorang ahli pasukan mencari dan menyelamat Satlinmas Korwi II, Supratopo, ramai pelancong yang merungut dan terpaksa berhenti di tepi jalan bagi membuang ulat jati yang melekat pada baju.

“Ramai yang berhenti dan mengeluh banyak ulat pokok jati di sepanjang jalan menuju ke pantai,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kemunculan ulat jati ini akan berterusan sehingga beberapa minggu. Ulat-ulat tersebut akan bertukar menjadi kepompong dan akhirnya menjadi rama-rama.

Biarpun ramai yang geli dan tidak senang dengan ‘musim’ ulat jati, masih ada penduduk yang menganggap kehadiran ulat jati ini sebagai satu nikmat alam yang jarang dapat ditemui. Ulat jati dikumpul untuk dimasak menjadi hidangan dalam musim tengkujuh, menggantikan belalang kunyit dan kepompong ulat besi.

Ulat jati didakwa penduduk mempunyai kandungan protein yang tinggi. Malah, kemunculan ulat ini juga menjadi tanda aras ekosistem yang bertambah baik.

BACA: Insiden Penyu Naik Sehingga Ke Jalan Raya Bukan Fenomena Pelik

BACA: Liputan6, Odenzz