Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pesakit skoliosis hamil
Kredit: Raja Mursyid
Tiada Kategori

“Aku Namakan Dia Tuah,” Kisah Pesakit Skoliosis Hamil Buat Netizen Terharu

Azizah Najib

“Aku namakan dia Tuah,” Perjalanan Pesakit Skoliosis Hamil Buat Netizen Terharu

Menimang cahaya mata merupakan lumrah setiap pasangan suami isteri. Ada yang tiada masalah sepanjang tempoh hamil, ada juga yang mengalami pelbagai ujian. Sama ada masalah kewangan, kestabilan pekerjaan, ataupun kesihatan ibu atau zuriat yang dikandung.

Namun, ujian dan cabaran ini sama sekali tidak mematahkan semangat mereka yang benar-benar inginkan cahaya mata. Dengan teknologi tersedia hari ini, pelbagai cara dapat dilakukan bagi memastikan bayi dan ibu selamat sepanjang tempoh kehamilan, sehingga selepas kelahiran.

Itulah perjalanan sepasang suami isteri ini, yang menghadapi pelbagai ujian demi menimang seorang anak yang diberi nama Tuah. Seorang pengguna X, Raja Mursyid berkongsi kisahnya bersama pasangan yang disahkan mempunyai masalah tulang belakang, berjuang seluruh jiwa raga biarpun mendapat berita kedua yang membimbangkan.

Ikuti perkongsian Raja Mursyid yang memberi sepenuh jiwa raganya menghadapi ujian bersama pasangan hidupnya.

Aku jarang sekali cerita hal aku dan keluarga. Tapi hari ni tak tahu kenapa, aku nak sangat kongsi.

Seperti yang segelintir rakan X tahu, aku dah jadi abah kepada seorang anak lelaki berumur 2 bulan. Aku nama kan dia Tuah, sebab bagi aku, terciptanya dia dengan sangat ajaib bagi kami.

Cerita bermula masa aku bertunang dengan isteri aku, dia selalu mengadu dia sakit belakang. Jadi kami putuskan untuk buat pemeriksaan kesihatan. Ya, betul dia ada sakit tulang belakang bengkok. Kami disarankan buat rawatan dengan kiropraktik, kalau tak nak ada masalah untuk mengandung nanti. Sudah.

Isteri aku masa tu memang sedih gila masa tu. Dia seorg wanita yg normal, nak kan anak bila berkahwin.

Aku? Aku secara jujurnya okay je. Tapi aku nak yang terbaik, jadi kita cuba buat rawatan. Satu sesi RM140 tak salah.

BACA: Meruntun Jiwa, Suapan Ayah Jadi Kenangan Anggota MALBATT

Masa tu isteri aku belajar, aku pula baru niaga. Pergh sakit. Kami mampu pergi beberapa sesi je, tak silap aku dalam tujuh ke lapan sesi je. Pastu kami putuskan untuk berhenti sebab tak mampu. Aku reda dan berserah je sambil dia buat senaman sendiri. Tak apa aku ditakdirkan tak ada anak pun tak apa.

Sepanjang perkahwinan, isteri aku selalu sedih sebab dia fikirkan tentang tulang belakang dia. Asyik tanya, “Boleh ke, mampu ke, itu ini.”

Lepas dua tahun lebih, tiba-tiba melekat. Dia periksa guna pen tu. Harapan untuk kami mula mekar. Berbunga-bunga kami.

Tapi baru je nak mekar, tiba-tiba layu balik.

Dah lebih enam ke tujuh minggu dari tarikh dia periksa. Tapi bila imbas, tak ada. Swasta pergi, kerajaan pergi. Ambil darah sana sini. Tapi imbas tak nampak apa-apa. Kosong. Doktor bagi tahu, mungkin luar rahim, tapi minta tunggu lagi seminggu dua. Kalau ada pendarahan, terus ke kecemasan.

Sampailah minggu kelapan gitu, isteri aku dah tak tahan. Dalam takut, musykil, pelik. Jadi pergi balik swasta, mereka imbas dari bawah. Dia pergi seorang kali ni, lepas balik dari kerja.

Masih sama, tak ada katanya. Diminta pulang rumah. Benda yang sama.

Tiba-tiba jam 12 malam tu, doktor ni hubungi isteri aku, tapi kami tak angkat. Dah tidur. Dia minta datang seawal yang boleh esok. Mustahak katanya.

Sampai kami di klinik, doktor terangkan. Rupanya isteri aku ada dua rahim. Selama ni periksa tak nampak tu dekat rahim sebelah. Rupanya anak aku ada dekat rahim lagi sebelah.

Kami terus dirujuk ke kecemasan HKL, katanya kes ni jarang berlaku. Jadi kena rujuk cepat. Lama gila dekat HKL, sebabnya semua nak tengok isteri aku. Jarang dapat belajar kata mereka.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Alhamdulillah, ada janin, cuma di rahim yang lain. Lega bukan luar rahim. Mekar kembali bunga harapan kami.

Selepas dua bulan, kami buat pemeriksaan. Dengan gembiranya nak tahu pemeriksaan kali ni tentang apa.

Tetiba doktor kata, “Kita akan awasi awak. Selalu kes mcm ni, janin tak dapat bertahan. Selalu empat bulan akan ada masalah dan gugur.”

Sekali lagi bunga harapan kami layu. Ibaratkan roller coster emosi dan perasan kami. Kejap naik, kejap turun.

Allah Maha Hebat, sampailah bulan kelima, alhamdulillah bayi dalam kandungan okay. Tak ada tunjuk simptom lemah.

Doktor kata, “Okay, dah lepas empat bulan. Kita akan keluarkan bayi awak ni 28 minggu ya.”

28 minggu kecik weh. Kenapa lah banyak sangat benda benda mcm ni. Sumpah aku cakap, emosi isteri aku masa mengandung, tak tenang langsung. Dengan kata rahim bila-bila je boleh pecah sbb rahim tu kecik. Dengan 28 minggu nak keluarkan. Nanti akan banyak jadi kat bayi ni sebab keluar awal.

Pening and stress gila.

BACA: “Mungkin Lahir Zuriat…”, Motor Dicuri Ketika Teman Isteri Hamil “Follow up” Masalah Jantung

Lagi sekali Allah menunjukkan kuasa-Nya. 29 minggu dah berlalu. Bayi sangat sihat. Jadi doktor pun buat keputusan untuk teruskan sampai 38 minggu. Tapi tiap minggu kena buat pemeriksaan. Seminggu sampai dua kali.

Nurse pun sampai kenal, dan cakap, “Bertuah bayi ni.”

Tak nampak, tapi dia ada kat sebelah. Disangka gugur, tapi dia bertahan. Ingin dikeluarkan awal, dia melawan.

Sangat bertuah. Agak mencabar apa yang abah dan bonda lalui selama sembilan bulan ni. Terima kasih kerana terus kuat.

Cerita ini untuk dibaca nanti oleh anak ku nanti, Raja Tuah Mohsin

Sumber: Raja Mursyid