Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
suapan ayah anggota malbatt
Kredit: Farah Radzi
Tiada Kategori

Meruntun Jiwa, Suapan Ayah Jadi Kenangan Anggota MALBATT

Azizah Najib

Meruntun Jiwa, Suapan Ayah Jadi Kenangan Anggota MALBATT

Menjadi tentera sudah termaktub hidupnya berpaksi kepada perjuangan. Di mana diperlukan, di situ kaki melangkah.

Pemergian anak sebagai salah seorang tentera pengaman ke negara luar sungguh membuatkan seluruh keluarga menjadi hiba. Biarpun selama ini sudah terpatri ‘berkorban demi negara’ apabila mengangkat sumpah, namun perpisahan ke medan perjuangan sedikit sebanyak mengusik jiwa.

Itulah yang dirasai oleh Farah sekeluarga apabila adik bongsunya terpilih ke Lubnan sebagai salah seorang tentera dalam pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 kumpulan keempat yang telah berlepas pada 18 November lalu.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Rakaman adik bongsu yang meluangkan masa bersama ahli keluarga mereka mendapat perhatian ramai apabila titisan air mata membasahi pipi tatkala disuapkan nasi oleh bapanya.

“Suapan nasi lemak sambal udang ayah mak untuk anak bongsunya, jumpa lain hari pulak adik,” ujarnya.

Menurut Farah ketika ditemu bual SK, adik bongsunya itu sememangnya rapat dengan bapa mereka. Memandangkan hanya adik bongsunya sahaja dalam keluarga yang bergelar tentera, pengalaman ini merupakan kali pertama mereka berpisah dengan adik yang akan menjalankan tugas di luar negara.

Kredit: Farah Radzi

“Adik saja yang jadi tentera. Abang nombor dua pegawai imigresen. Isteri abang yang bawakan sambal udang tu sebab kami bermalam di rumah dia dekat Shah Alam. Kami asal dari Felda Chini 1, Pekan, Pahang.

“Adik bongsu memang rapat dengan ayah. Ayah memang suap dia dari dia kecil lagi,” kongsinya.

BACA: Comel, Gelagat Cucu Ikut Atuk Jalan-Jalan Raih Perhatian

Pertemuan mereka sekeluarga pada pagi tersebut merupakan saat akhir adik bongsunya meluangkan masa bersama ahli keluarga sebelum bertolak ke Lubnan.

“Memang pagi tu kami dapat jumpa dia, dan dia memang nak makan sambal udang yang ayah suap,” tambah Farah.

Katanya lagi, pemergian adik bongsu ke Lubnan hanya seketika dan akan pulang selepas setahun di sana. Farah turut memohon doa agar adik bongsu dan pasukannya dalam jagaan Allah ketika di sana.

BACA: Video Warga Emas Memasak Raih Perhatian, Ramai Terimbau Kenangan Dengan Nenek

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut memanjatkan doa buat mereka yang bertugas di sana. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman diri ketika bertugas dalam pasukan MALBATT.

“Semoga Allah lindungi semua pasukan MALBATT di sana,” doa warganet.

“Kalau dah sanggup pergi MALBATT tu, mereka adalah orang yang berani dan sanggup buat apa untuk keluarga, bangsa dan nama negara. Semoga selamat pergi dan balik,” ujar seorang lagi warganet.

“Saya MALBATT 09. Penghujung misi abah meninggal. Duduk jauh tak dapat nak balik, reda dengan ketentuan-Nya. Mengalir air mata tengok video ni,” kongsi warganet.

Sumber:

,

Kementerian Pertahanan Malaysia