Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bantuan khas kewangan Kedah
Gambar: Facebook UPDA

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000 – Sanusi

Hannah

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000 – Sanusi

ALOR SETAR, 24 Nov (Bernama) — Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat, dengan sebahagiannya akan disalurkan pada Mac tahun depan, manakala bakinya pada Jun 2025.

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM12 juta. Kerajaan negeri menghargai komitmen penjawat awam negeri dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.

“Saya juga mengakui kesejahteraan negeri Kedah tercinta ini juga adalah atas jalinan kerjasama yang baik antara exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awam negeri khususnya Pegawai Tadbir Negeri (KCS) dan pegawai-pegawai Persekutuan,” katanya.

Beliau mengumumkan pemberian bantuan tersenut semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2025 di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga telah bersetuju supaya Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Dis ini.

“Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta tambahan secara keseluruhan kepada semua jabatan untuk tujuan pembayaran gaji semua penjawat awam negeri yang menerima opsyen SSPA bermula Disember ini.

“Dengan itu, sukacita saya umumkan kenaikan tersebut akan dibayar mulai gaji Disember ini. Kenaikan keseluruhan adalah berjumlah RM2 juta untuk tahun ini,” katanya.

BACA: Penjawat Awam Sarawak Terima Bantuan Kewangan Dua Bulan Gaji

BACA: Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas Kewangan RM500 – MB

BACA: Kakitangan Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Sumber: BERNAMA