Siakap Keli
lelaki selamatkan lembu ternakan
Kredit: Mimiey

Air Paras Pinggang, Lelaki Gigih Harung Banjir Demi Selamatkan Lembu Ternakan 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Air Paras Pinggang, Lelaki Gigih Harung Banjir Demi Selamatkan Lembu Ternakan 

Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan kejadian banjir di Kelantan. Beberapa kawasan dilaporkan telah terjejas dan ramai mangsa sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, banyak video berkaitan bencana terbabit menjadi tular di media sosial.

Seperti video yang menyaksikan seorang lelaki menyelamatkan dua ekor haiwan ternakannya daripada ditenggelami banjir. Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat menarik haiwan ternakannya mengharungi air setinggi paras pinggang.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, Mimiey, kejadian itu berlaku di Kampung Kolam Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan pada Selasa. Ketika air mula naik, dia dan suaminya pergi ke tempat berkenaan bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka.

“Air tengah naik tapi perlahan-lahan. Selalu setiap tahun (ketika) banjir, suami bawa naik (haiwan ternakan) ke tempat yang tinggi dekat kampung sebelah,” maklumnya.

Video itu kini mendapat lebih 150 ribu tontonan di TikTok.

@mimiey600

#TikTokLIVE #banjir2024 #fyp

♬ Epic News – DM Production

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

BACA: Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya Di Seluruh Kelantan, Terengganu

Terdahulu, media melaporkan kejadian banjir yang semakin memburuk melanda beberapa kawasan di negeri tersebut. Bermula malam tadi, hujan lebat berterusan mengakibatkan air sungai di Jalan Tunjong melimpah ke jalan utama semenjak awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Astro Awani turut melaporkan banjir gelombang kedua melanda Kelantan sejak Selasa yang mengakibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok terjejas. Setakat ini, seramai 1,223 mangsa telah ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sementara itu, Bernama turut melaporkan amaran banjir yang diramal berlaku di Pasir Puteh. Amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada pagi tadi melibatkan 30 buah kampung di sana.

BACA: Banjir Kilat: Warga Emas Maut Selepas Kereta Dihanyut Arus Deras Ke Dalam Sungai

Antara kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa, Kampung Jelor dan Kampung Nara. Kampung Pulau Sa, Kampung Kulim dan Kampung Nering turut tersenarai.

Selain itu, Kampung Raja, Kampung Tok Sudin, Kampung Sungai Kelong, Kampung Batu Hitam dan Kampung Saring turut dijangka alami banjir.

JPS turut menyenaraikan Kampung Temila, Kampung Wakaf Bunut, Kampung Panggong Tiga Daerah, Kampung Daran Buaya, Kampung Telipot dan Kampung Chengal Pulas.

Menerusi amaran tersebut, Kampung Bukit Gedombak, Kampung Kamil, Bandar Lama Pasir Puteh, Kampung Kelubi dan Bandar Baru Pasir Puteh turut dijangka terjejas banjir. Malah, Kampung Wakaf Tukup, Kampung Gong Pasir, Kampung Batu Berendam, Kampung Sungai Gali dan Kampung Bukit Awang juga turut disenaraikan JPS.

Sumber: Mimiey, Astro Awani, Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.