Tidak Mahu Kumpulan GIG Jadi Pekerja Sambilan, MARA Tawar Program TVET
Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GiatMara akan memulakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) buat pekerja gig.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui hantaran di Facebook.
Di samping itu, kumpulan berkenaan boleh menyertai program latihan itu yang menawarkan pelbagai kemahiran secara separuh masa.
“Sampai bila pekerja gig seperti penghantar barangan dan makanan akan terus bekerja dalam industri tersebut yang lebih kepada sambilan?
“Jika melangkau usia 40-an dan berkeluarga, waktu itu tenaga sudah kurang. Kalau tiada kemahiran lain atau sijil pendidikan, sukar untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup
“Contohnya, penghantar makanan dilatih kemahiran selenggara pendingin hawa. Sambil hantar makanan, boleh tawar servis (baiki) pendingin hawa,” kata Dr Asyraf menerusi hantaran itu.
Selain daripada memperolehi kemahiran, pekerja gig juga diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf melalui Dasar TVET Negara.
Difahamkan, golongan itu mampu menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah dengan berbekalkan Sijil SKM Tahap Tiga serta Empat.
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0uZJpfQRLUX5Y7Zc2UWF9DibNGsdnPoSynCzszpdkgpUTR2hpYjX3tQAaQxD2nzDdl
BACA: Macam Anaconda, Penduduk Nampak Kelibat Ular Sawa Ketika Banjir
BACA: “Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang
BACA: Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia