Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
cerap musytari
Kredit: Planetarium Negara

Berada Di Kedudukan Istiqbal, Peluang Cerap Musytari Bermula Awal Pagi Esok

Azizah Najib

Berada Di Kedudukan Istiqbal, Peluang Cerap Musytari Bermula Awal Pagi Esok

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Planetarium Negara memaklumkan orang ramai berpeluang mencerap planet Musytari pada Ahad, 8 Disember jam 4.50 pagi.

Menerusi muat naik di laman Facebook, Planetarium Negara menjelaskan keadaan ini berikutan Musytari yang berada di kedudukan istiqbal, iaitu bertentangan.

“Planet Musytari akan berada di kedudukan tepat di belakang Bumi, bertentangan dengan kedudukan Matahari bagi tahun 2024,” maklum pihak planetarium.

BACA: “Tak perlu pergi hiking..”, Penduduk Teruja Fenomena ‘Awan Karpet’ Di Sekitar Bangi, Putrajaya

Planet tersebut turut dapat dicerap pada sebelah malam bermula jam 7.35 malam.

“Planet Musytari akan kelihatan muncul di Timur dan akan berada di langit sehingga 6.35 pagi, 9 Disember (Isnin) keesokan harinya.

“Pada jam 1.05 pagi 9 Disember, Musytari akan berada pada kedudukan paling tinggi di langit iaitu 71 darjah di langit sebelah Utara,” tambahnya lagi.

Pihak planetarium turut mengingatkan orang ramai bahawa kenampakan planet ketika mencerap bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

BACA: 24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

Dalam pada itu, pihak Agensi Angkasa Malaysia (MySA) turut berkongsi berita berkenaan di laman Facebook agensi tersebut. Menurut MySA, planet ini akan dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar jika cuaca mengizinkan.

“Selepas istiqbal, planet Musytari akan kelihatan di langit malam di ufuk timur pada waktu maghrib. Kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga hujung April 2025,” maklum agensi tersebut.

Biarpun begitu, orang ramai digalakkan mencerap menggunakan teleskop dan binokular jika ingin melihat permukaan planet tersebut yang unik. Empat bulan utama planet itu, iaitu Ganymede, Europa, Io dan Callisto juga akan dapat dilihat jika mencerap menggunakan peralatan khas.

Bagi mereka yang ingin mengetahui anggaran waktu Musytari terbit dan terbenam di lokasi masing-masing, MySA mencadangkan penggunaan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium, Sky Tonight dan lain-lain.

“Planet Musytari akan mengalami istiqbal dalam tempoh setiap 13 bulan. Kali terakhir ia berada pada kedudukan istiqbal ialah pada 3 November 2023 dan seterusnya pada 11 Januari 2026,” tambahnya.

BACA: Komet Paling Terang Tahun Ini Dijangka Dapat Dilihat Hingga Awal Oktober

Sumber: Planetarium Negara, Agensi Angkasa Malaysia