Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hampir 200 terbunuh
Kredit: CLARENS SIFFROY/AFP

Hampir 200 Terbunuh Dalam Serangan Keganasan Di Haiti

Azizah Najib

Hampir 200 Terbunuh Dalam Serangan Keganasan Di Haiti

Haiti – Hampir 200 warga Haiti dilaporkan terbunuh dalam keganasan yang didakwa dirancang terhadap pengamal ajaran voodoo pada hujung minggu lalu, lapor AFP.

Menurut pertubuhan awam Jawatankuasa Keamanan dan Pembangunan (CPD), pembunuhan di ibu negara, Port-au-Prince itu dipercayai di bawah pemerhatian seorang ketua kumpulan yang mendakwa penyakit anaknya berpunca daripada komuniti tersebut.

Keganasan melampau ini merupakan tindakan terbaharu kumpulan yang berkuasa mengawal sebahagian besar ibu negara tersebut.

“Dia memutuskan untuk menghukum dengan semua orang tua dan pengamal voodoo yang dibayangkannya mampu menghantar jampi buruk terhadap anak lelakinya,” maklum CPD.

BACA: Kongsi Berita Pilu, Najwa Latif Mohon Ruang & Doa

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam tindakan kejam yang mengerikan itu. Ia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 184 termasuk 127 warga tua lelaki dan wanita hilang nyawa.

Perdana Menteri, Alix Didier Fils-Aime pula menggelar episod berdarah ini sebagai satu tindakan biadab, kekejaman yang tidak tertanggung.

“Jenayah yang dahsyat ini merupakan serangan langsung terhadap manusia,” katanya.

Menurut kedua-dua organisasi CPD dan UN, kejadian ini berlaku di kejiranan Cite Soleil, pantai barat ibu negara tersebut.

Seorang penduduk yang memilih untuk merahsiakan identitinya demi keselamatan ahli keluarga, mengesahkan serangan tersebut ketika dihubungi AFP. Menurutnya, bapanya yang berusia 76 tahun merupakan salah seorang mangsa keganasan tersebut.

“Mereka membakar badan ayah. Ahli keluarga langsung tidak dapat mengadakan pengebumian untuk ayah memandangkan kami tidak dapat mengambil mayatnya. Saya juga bimbang akan keselamatan ahli keluarga yang lain. Saya akan cuba bawa mereka keluar,” katanya.

BACA: Elon Musk Ramal Negara Kedua Bakal ‘Pupus’, Ini Sebabnya

CPD menambah, tentera kumpulan tersebut bertanggungjawab dalam mengenal pasti identiti mangsa di kediaman mereka.

“Mereka membawa mangsa ke kubu ketua kumpulan tersebut untuk dijatuhkan hukuman. Sumber yang boleh dipercayai dari dalam komuniti tersebut melaporkan terdapat lebih daripada 100 orang telah dibunuh. Mayat mangsa dikerat dan dibakar di jalanan,” tambah CPD.

Menurut sumber, salah seorang ketua CPD, Fritznel Pierre berkata jumlah mangsa yang terkorban bukan jumlah menyeluruh. Hal ini disebabkan oleh kawasan tersebut yang sukar untuk ditembusi.

Katanya lagi, orang upahan memburu warga tua dan pengikut ajaran voodoo yang tinggal di kawasan Wharf Jeremie antara petang Jumaat dan Sabtu.

“Penunggang teksi motosikal yang membantu mangsa melarikan diri juga dibunuh,” ujarnya.

BACA: Tenaga Boleh Baharu Merentas Sempadan Dari Malaysia Ke Singapura Bulan Disember Ini

Sebagai maklumat, Ketika pemerintahan kolonial Perancis, ajaran voodoo telah diharamkan. Namun ia telah diiktiraf sebagai agama rasmi oleh kerajaan Haiti pada 2003.

Ketua PBB menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berkenaan pembunuhan beramai-ramai ini. Beliau turut mengembalikan gesaan mendapat sokongan di peringkat antarabangsa dalam membantu polis Haiti menentang kumpulan tersebut.

Pembunuhan terbaru ini menjadikan jumlah kematian di Haiti meningkat kepada kira-kira 5,000 nyawa dalam tahun ini menurut PBB.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) melaporkan, lebih 700,000 warga telah kehilangan tempat tinggal di Haiti dan separuh daripadanya merupakan kanak-kanak.

“Jumlah ini bertambah sebanyak 5,000 lagi apabila mereka terpaksa meninggalkan kediaman berikutan pembunuhan beramai-ramai pada hujung minggu lalu,” maklum IOM.

Sumber: AFP