Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
hujan meteor geminids
Kredit: MYSA

Hujan Meteor Geminids Capai Tahap Maksimum Malam Ini

Azizah Najib

Hujan Meteor Geminids Capai Tahap Maksimum Malam Ini

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Planetarium Negara memaklumkan Hujan Meteor Geminids mencapai tahap maksimum pada malam ini dan dapat dilihat di langit Malaysia.

Menerusi muat naik di laman Facebook, fenomena alam itu mencapai tahap maksimum pada 14 Disember, jam 9 malam sehingga awal pagi 15 Disember.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 hingga 20 Disember 2024,” maklum Planetarium Negara.

Bagi memudahkan mereka yang ingin melihat fenomena ini, pihak Planetarium memaklumkan pusat pancaran meteor-meteor datang dari buruj Gemini yang berada di langit sebelah Utara.

Sebelum ini, pihak Planetarium Negara juga pernah menjangkakan kejadian fenomena ini bakal dapat dilihat di Malaysia.

“Hujan Meteor Geminids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 120 meteor sejam atau 2 meteor seminit pada Sabtu 14 Disember 2024, jam 9:00 malam sehingga menjelang awal pagi 15 Disember 2024,” kata agensi itu.

BACA: Berada Di Kedudukan Istiqbal, Peluang Cerap Musytari Bermula Awal Pagi Esok

Bagi mereka yang ingin menyaksikan fenomena ini, pihak Planetarium menasihatkan agar mencerap di kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.

“Walau bagaimanapun, ketika pencerapan, kenampakan meteor bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” tambahnya.

Terdahulu, pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memberi penjelasan berkenaan fenomena yang berlaku setiap tahun ini.

“Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaeton.

“Asteroid 3200 Phaeton ini pada asalnya diberi nama 1983 TB dan nombor 1983 itu merujuk kepada tahun ia ditemui oleh Simon Green dan John Davis melalui imej yang berjaya dirakam oleh Infrared Astronomical Satellite (IRAS) pada 11 Oktober 1983; manakala nama 3200 Phaeton pula diberikan kepada asteroid tersebut pada tahun 1985,” maklum MYSA.

BACA: Rakyat Malaysia Dapat Tengok Hujan Meteor Geminids Disember Depan

Menerusi makluman tersebut, pihak MYSA turut memberikan beberapa panduan buat orang ramai bagi mendapat pengalaman mencerap Hujan Meteor Geminids yang baik.

Orang awam dinasihatkan agar kawasan yang dipilih untuk mencerap lapang dan tiada halangan antara pencerap dan langit.

“Cuba dapatkan pemandangan langit yang luas. Jauhi persekitaran yang bercahaya. (Keadaan) lebih gelap lebih baik,” ujarnya.

MYSA turut menasihatkan orang awam agar menyesuaikan mata dengan tahap kegelapan 20 minit sebelum mula mencerap.

“Tidak perlu tumpu ke arah buruj Gemini sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa,” tambahnya lagi.

BACA: Hobi Paling Bawa Untung, Ini Bukti Paling Kukuh Main ‘Game’ Bukan Perkara Sia-sia

Sumber: Planetarium Negara