Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: AFP

Dah Boleh Sembang Dengan ChatGPT Di WhatsApp, Ini Caranya

Azizah Najib

Dah Boleh Sembang Dengan ChatGPT Di WhatsApp, Ini Caranya

Perbualan dan berkomunikasi merupakan asas kehidupan manusia. Tidak kira sama ada menggunakan lisan, bertulis mahupun menggunakan bahasa isyarat, manusia berkomunikasi sama ada bagi mendapatkan maklumat, bertukar pendapat, serta meluahkan perasaan. Tanpa komunikasi, seseorang itu ibarat berada di bawah tempurung dan tidak dapat maju ke hadapan.

Komunikasi tidak semestinya serius sepanjang masa, adakala manusia perlukan hiburan. Maka, jenaka dan usik-mengusik dilontarkan bagi menghiburkan hati.

Jika dahulu, kita dihiburkan dengan aplikasi SimSimi yang mampu berbual dengan pengguna menggunakan laras bahasa yang santai. Kini, teknologi melangkah satu tapak ke hadapan. Sebuah syarikat penyelidikan dan pengembangan kecerdasan buatan (AI), OpenAI telah memperkenalkan ciri terbaru bagi ChatGPT.

Hanya simpan nombor telefon ChatGPT untuk mulakan perbualan di WhatsApp

ChatGPT kini boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp tanpa perlu melayari laman sesawang mahupun aplikasinya. Dengan hanya satu klik di hujung jari, pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan maklum balas yang agak memuaskan daripada mesin AI.

Untuk ketahui cara menggunakan ChatGPT menerusi WhatsApp, ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Pertama sekali, anda hanya perlu menyimpan nombor +1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT ke dalam senarai kenalan anda. Kemudian, buka aplikasi WhatsApp dan cari nombor ChatGPT yang telah anda simpan tadi. Selepas itu, anda boleh terus mulakan perbualan seperti biasa.

Nanti dulu. Selain daripada menyimpan nombor tadi, ada cara yang lebih mudah. Anda boleh terus menghantar pesanan kepada ChatGPT dengan menekan pautan ini atau imbas kod QR di bawah.

BACA: Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Untuk Pengguna Semenanjung 1 Jan – 30 Jun 2025

kod ChatGPT WhatsApp
Kredit: OpenAI

Ambil perhatian. ChatGPT atau syarikat OpenAI tidak akan sekali-kali menghubungi anda terlebih dahulu melalui panggilan atau pesanan di WhatsApp. Para pengguna dinasihat agar berhati-hati jika terdapat sesuatu yang mencurigakan. Pastikan logo yang digunakan oleh ChatGPT di WhatsApp anda sama sepeti di bawah.

Kredit: OpenAI

Selain itu, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diberi perhatian apabila anda menggunakan ciri ini.

Untuk makluman, ChatGPT hanya menyokong mesej berbentuk teks sahaja. Tidak seperti di laman sesawang dan aplikasi ChatGPT, ciri nota suara, penghantaran imej dan panggilan suara tidak ditawarkan.

Malah, terdapat had penggunaan harian yang ditetapkan oleh OpenAI bagi menggunakan ChatGPT menerusi WhatsApp. Setakat ini, had tersebut belum diumumkan secara rasmi namun pengguna akan menerima makluman jika pengguna hampir mencapai had penggunaan harian.

Bagi memastikan hak privasi dan keselamatan pengguna terjaga, OpenAI memaklumkan bahawa mereka menyimpan semua panggilan, rakaman teks perbualan, dan mesej WhatsApp anda bersama ChatGPT bagi satu tempoh tertentu. Semua maklumat ini disimpan dan mungkin disemak bagi tujuan keselamatan dan menghalang penyalahgunaan ciri tersebut.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan ciri ini, layari laman bantuan OpenAI.

BACA: Pengusaha Feri, Bot Penumpang, RORO Terima Subsidi Diesel Bermula 1 Jan Ini

BACA: “Connected Successfully,” Rupanya Ini Pemilik Suara Di Sebalik Notifikasi Bluetooth

Sumber: OpenAI