Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
perpustakaan ruang baharu
Kredit: Perpustakaan Negara Malaysia

Lebih Selesa & Mesra Pengguna, Perpustakaan Negara “Upgrade” Ruang Baharu

Azizah Najib

Lebih Selesa & Mesra Pengguna, Perpustakaan Negara “Upgrade” Ruang Baharu

Salah satu lokasi evergreen yang tidak pernah lapuk dek zaman dan sentiasa menjadi tempat arah tuju pelbagai lapisan masyarakat ialah perpustakaan. Tidak kira di mana saja perkhidmatan awam ini dibuka, pasti ramai yang serbu. Tidak kira sama ada pelajar mahupun pengkaji, malah orang awam yang inginkan tempat lebih aman tanpa hiruk-pikuk kesibukan.

Dalam banyak-banyak perpustakaan, terdapat sebuah perpustakaan yang terletak di tengah kota raya dan menjadi mercu tanda sumber ilmuwan negara. Dengan struktur bangunan berkonsepkan tengkolok tradisional, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) turut mengetengahkan susunan jubin bercorak songket sebagai bumbung di bangunan Anjung Bestari.

Tidak hanya cantik di luaran, PNM kini muncul dengan wajah baharu bagi ruang Anjung Bestari di bahagian dalam. Siap dilengkapi pod realiti maya di bahagian Galeri e-Pustaka, Anjung Bestari juga dijanjikan dengan soket yang lebih banyak bagi memudahkan pengguna.

BACA: Wujud Sejak 1918, Ini Fakta Tentang Xylarium Perpustakaan Kayu Tertua & Terbesar Di Malaysia

Berwajah baharu, Perpustakaan Negara dilengkapi pelbagai kemudahan, seiring pergerakan teknologi semasa

Jangan terkejut, di ruangan membaca turut disediakan kerusi malas ala-ala tepi pantai. Sambil merehatkan badan, anda juga dapat menonton siaran yang disediakan di sebuah sudut berasingan.

Ruang membaca yang lebih santai turut disediakan dengan lebih banyak dan luas.

Bagi anda yang ingin membaca secara santai dan tidak terperuk di meja sahaja, pihak pengurusan turut menyediakan beberapa ruang yang luas tanpa menghalang pemandangan dengan rak-rak buku. Lapangkan minda, lapangkan jiwa, ruangan aktiviti membaca di perpustakaan kini semakin mesra pengguna.

Dibuka kepada orang awam bermula 2 Januari 2025, PNM turut menjemput orang awam merasai sendiri pembaharuan perkhidmatan dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Pihak pengurusan turut menyediakan Perpustakaan Kanak-Kanak bagi mereka yang memerlukan ruang bekerja dengan kehadiran anak-anak. Pihak PNM turut mengesahkan pembaharuan reka bentuk Bilik Karel, iaitu bilik kegemaran para penyelidik yang inginkan ruang peribadi di perpustakaan.

Difahamkan, ruang ini telah ditutup bagi pengubahsuaian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dahulu. Bagi anda yang ingin ke sana, pihak PNM juga menyediakan panduan menggunakan MRT. Ikuti video di bawah ini.

BACA: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Anjur Program Bersama Wanita Pertama Malaysia Bergelar Sasterawan Negara

BACA: Buku Dipinjam Dari Perpustakaan 96 Tahun Lalu Akhirnya Dipulangkan

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia, Laman Sesawang Perpustakaan Negara Malaysia